Thursday, January 6, 2011

'Atiiqah

'Atiiqah...
Mama mohon maaf...
Mama sepatutnya luangkan lebih masa untuk 'Atiiqah...
Mama belum lagi lumur ubat kat tangan 'Atiiqah yang digigit nyamuk tu. 'Atiiqah garu dah luka~banyak betul nyamuk sekarang. Walaupun dan pasang ubat nyamuk, pasang net kat tingkap, nyamuk tetap berleluasa...
Apatah lagi kulit 'Atiiqah sensitif.

'Atiiqah...
InsyaAllah Mama belikan pakaian baru untuk 'Atiiqah...
Mama tak sempat lagi nak pegi kedai..pegi SACC hari tupun penat sangat tak sempat nak membelipun ~ sekadar makanan sikit je...
'Atiiqah dah 4 tahun. Cikgu 'Atiiqah dah ajar pergi ke toilet sendiri dan pakai seluar dalam sendiri~ nampaknya 'Atiiqah sudah mula belajar berdikari...cepat btul masa berlalu... InsyaAllah, mama akan ambil cuti satu hari untuk perhatikan aktiviti 'Atiiqah dan adik-adik di sekolah ya...
Sekarang Mama sibuk dengan kelas student Asasi Mama. Mama kena mengajar 22 jam seminggu... Itu belum masa untuk buat persediaan...Masa untuk kendali kes pelajar2 di Kolej pun diperlukan...

'Atiiqah,
Masa berlalu begitu pantas dan 'Atiiqah sudah semakin membesar dengan cepat sekali dan semakin cerdik dengan petah berkata-kata. Mama mahukan harta dan kehidupan kita diberkati dan sebab itu Mama mesti kerja dengan Ikhlas dan bersungguh-sungguh...supaya anak-anak Mama ni semunya diberkati...

'Atiiqah,
Andaikata Mama tersilap dan tersalah dalam membesarkan 'Atiiqah ataupun marahkan 'Atiiqah...maafkan Mama ya...InsyaAllah, Mama cuba perbaiki diri Mama dan cuba menjadi Mama 'Atiiqah yang terbaik di mata dan di hati 'Atiiqah...

'Atiiqah,
Mari kita berdoa kepada Allah SWT supaya hidup kita sekeluarga diberkati dan dirahmati Allah selalu. Semoga Mama sentiasa sabar dalam kehidupan ini.

'Atiiqah,
Mama sentiasa sayangkan 'Atiiqah, anak yang cerdik dan solehah.

Love~
Mama