Islam menegaskan bahawa syukur kita kepada Allah SWT itu dibuktikan dengan sikap kita menghargai segala kurniaan-Nya baik yang tersurat mahupun yang tersirat. Kadang kita lupa, kadang pula leka, adatnya di dunia, begitulah.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat.” - Riwayat At-Tabrani
Namun, tidak selamanya kita izinkan amanah Allah SWT melalui tubuh badan, akal dan rohani kita ini untuk terus lalai dan alpa kerana secara fitrahnya kita semua mahu kembali kepada Pencipta dengan sebaik-baik keadaan. Salah satunya ialah dengan rezeki yang melimpah-limpah dan kehidupan yang diberkati Allah SWT.
Kita mahu meminta-minta di dunia?
Tidak sama sekali, bukan?
Puan Nora Yusof, dalam tulisannya (boleh dapatkannya di link saya ini) >>>
Formula Tarik Rezeki , ada menyebut bahawa orang yang hidupnya suka 'meminta-minta itu menyempitkan rezeki'. Ini saya quote sebuah hadith dalam tulisan Puan Nora:
Dari Abu Hurairah r.a. katanya; Rasulullah SAW bersabda, "Sungguh salah seorang daripada kalian mengikat satu ikat kayu bakar, di bawa di atas punggungnya lalu menjualnya, itu lebih baik daripada meminta-minta kepada seseorang; baik orang itu memberi atau menolaknya." [2583] Sahih Nasa'i
Dalam hadith yang lain pula ada menyebutkan bahawa;
Dari Ibnu Umar: Rasulullah SAW bersabda: "Seseorang selalu meminta-minta, hingga pada hari kiamat kelak, tiada sepotong dagingpun ada pada wajahnya." [2584] Sahih Nasa'i
Bayangkan saja tabiat kita, atau sesiapa sahaja yang kita kenal, meminta-minta untuk penuhi kebutuhan diri. Sedangkan Nabi Muhammad SAW telah mengingatkan kita perihal sikap meminta-minta itu sendiri yang patut dijauhi.