Friday, February 19, 2016

Kolam Jiwa Huda

Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh
.
Alhamdulillahi rabbil 'aalamiin. Wassolaatu wassalaamu 'alaa asyrafil anbiyaa i walmursaliin. Wa 'alaa aalihi wasohbihi ajma'iin..
.
Dengan nama Allah, harini Huda nak membebel pasal kolam jiwa. Famous dah among anak didik Dr Azizan Osman. Huda belum jadi anak didik dia, in syaa Allah satu masa nanti, tapi Huda dah mula mula berkawan dengan anak-anak didiknya. Hebat!
.
Bagai terkena tarikan magnetik untuk berikhtiar selagi masih bernafas.
.
Paling penting, mulakan dengan niat yang betul. Ia dari hati. Hati yang mana? Hati yang terdalam.
.
Di sana ada satu tempat, di mana kita akan mengenali diri kita, mengenali Allah SWT, mengenali apa yang kita hendak dalam hidup dan di sana juga terdapat air yang dingin, yang sentiasa mahu kita berada di jalan yang lurus, yang inginkan kebaikan untuk diri kita.
.
Itulah maksud kolam jiwa yang Huda faham buat masa ini.
.
Sekarang ni, Huda cuma nak kongsi apa yang Huda dah lalui sepanjang Januari dan Februari 2016. Masih di peringkat awal 2016, yang mana pada tahun ini Huda sudah bertekad untuk merubah nasib Huda. Boleh baca dalam entri Huda yang lalu dan tulisan-tulisan Huda dalam Wordpress Huda.
.
Tahun ini, Huda bakal pulang melapor diri ke UiTM iaitu 22 Ogos 2016. Tamat atau tidak PhD, Huda wajib lapor diri. Tak ada dah extension 6 bulan, 6+6 bulan hatta 3 bulan. Polisi dah berubah, jadi Huda kena patuh.
.
Jadi Huda mahu bersedia sepenuhnya sebelum balik melapor diri.
.
Sebelum itu, Huda nak kongsi sesuatu yang berkaitan dengan kolam jiwa itu tadi.
.
Hakikatnya, Huda tahu Huda tak sepantas orang lain yang boleh siapkan PhD on time. Huda masih terkial-terkial dalam penulisan. But deep in my heart, I always want that to happen. I want to go back on time, no extension! With or without PhD? YES.
.
Why?
.
Sebab Huda tak suka membazir masa dan wang yang bukan Huda usahakan dapat. 3 tahun tupun Huda dah syukur sangat dapat. Orang lain ada minta tapi tak dapat-dapat! Huda mahu bersyukur dan sanggup bersusah payah untuk siapkan semuanya dengan wang sendiri. Baru Huda lega, tak rasa bersalah. Kepada siapa?
.
Kepada diri sendiri dan kepada Allah SWT.
.
Habistu...yang Huda pergi berniaga tu kenapa pulak? Kan ke nak habis cepat?
.
Nabi Muhammad SAW juga menuntut ilmu dan pesannya untuk kita menuntut ilmu hingga ke negeri China. Nabi juga berniaga.
.
Mama Huda dulu ajar Huda berniaga jugak. Sejak kecil. Jual jagung dekat festival sukan rakyat kat Kampung Lubok Jong.
.
Pergi sekolah bawak buah jamb dan limau, jual.
.
Berniaga ni adalah satu keperluan. 9/10 rezeki daripada berniaga. Rezeki yang macamana 9/10 tu?
.
1) Duit (berniaga untuk menyara kehidupan dengan, duit)
2) Sikap rendah hati. Pujuk orang beli...melatih diri rendah hati dan melihat kebaikan orang lain.
3) Usaha gigih. Kudrat ada, gerakkan ia.
4) Ikhtiar (sebab nak bagi pelanggan beli barang kita). Tidaklah nanti aqal yang Allah bagi ni rehat sahaja.
5) Keluarga berasa lapang dengan kita kerana kita manusia boleh usaha sendiri, bukan mengharapkan mereka semata-mata.
6) Mendidik diri kita dengan sifat berjimat cermat.
7) Berpeluang membantu orang lain dengan perniagaan kita dan juga membantu menyelesaikan masalah orang lain dengan produk dan perkhidmatan kita. Ia satu kebajikan.
8) Bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat.
9) Menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW.
.
Bukankah Huda kena guna masa yang ada untuk belajar, isi masa dengan menulis, research dan sebagainya berkaitan PhD?
.
Kenapa nak pelik pulak? Huda lagi pelik kalau orang tengah buat PhD, bercuti sana bercuti sini, berasa bangga dapat ke sana dan ke sinun, boleh tunjuk dekat orang pencapaian mereka, merasa bahagia dengan peluang yang dia dapat dan kongsi dengan dunia. Lagi pulak, tunjuk dekat dunia keseronokan berada di luar negara, merantau satu Eropah, semuanya dengan duit tajaan. Tak hairan ke? Atau soalan lain...TAK TAKUT KE? Takut dengan Allah! Walaupun alasannya berjalan meluaskan pandangan dan pengalaman. Bukankah berjalan-jalan itu juga untuk kepuasan?
.
Cemburu? BUKAN
.
PELIK.
.
Sebab jika Huda nak berniaga, macam-macam sangkaan yang dibuat-buat. Yang mungkin menjadi DOA. Sebab apa? Hati tu...kolam jiwa tu yang kotor. Tak jernih.
.
Huda berbuat dosa. Bukan nak berbangga, tapi nak cakap bahawa... orang berdosa ni, tak sedar yang orang nampak sisi dosa dia tu. Pada masa yang sama dia rasa dialah yang betul. Oh, minta jauhlah. MALU! Sebab mahu sorokkan benda yang dah jelas. Now Huda dah faham kenapa ada kalanya orang tak suka Huda tanpa sebab. "Menyampah tengok muka Huda", katanya.
.
Mungkin sebab dosa tu juga. Agama juga ada cakap, air muka orang berdosa ni lain. Orang tak suka. Saya berdosa, saya pernah rasa orang tak suka. Tapi kita cubalah untuk kikis semua dosa tu kan? Kikis dengan positif dan usaha perbaiki nasib diri! Bukan berserah diri saja, mengharap kepada tajaan kerajaan semata-mata, berasa cukup tanpa mengendahkan orang susah yang meminta-minta daripada kita. Kita ada aqal, kita usahalah lagi nak bantu orang. Buat apa senang-lenang hidup dengan duit tajaan kalau orang minta tolong tak boleh nak tolong? TERPAKSA kedekut?
.
Allah suka kan, kita bantu orang?
.
Jadi apalah salahnya Huda berniaga sambil belajar buat PhD ni. Asalkan niat kita kerana Allah. In syaa Allah, Allah tolong.
.
Masa, ikut jaduallah. Sama juga dengan buat PhD, tahun pertama tu kritikal, buat betul2. Berniagapun sama, kritikal, banyak masa guna untuknya. Tapi target kita ada. Masa dibahagi-bahagikan dengan betul.
.
Penampilan juga kenalah balance. Sebagai academician dan business woman. Perlu ada pemakaian yang standard, supaya tidak nampak kekok. Boleh hidup bermasyarakat. Bidang kajian saya berkaitan masyarakat ya, jadi daripada sini saya belajar bagaimana mengenali masyarakat dan budaya orang Malaysia, melalui pemerhatian.
.
Lagi pulak, Huda dah jemu mengajar tanpa berada dalam situasi bidang. Contoh: mengajar business law, tapi tak boleh nak hayati course of the existing business tanpa buka syarikat sendiri, tanpa dealing dengan orang, tanpa lihat konflik dalaman yang timbul. Paling penting, sikap manusia.
.
Mengajar company law bagai, tapi tak boleh bayang apa yang berlaku dalam syarikat. Sekadar practising kejap dekat company/firm besar mana cukup. Kena hadapi karenah dalam syarikat kecil-kecil juga. Cabaran dia, konflik yang timbul. Bagaimana undang-undang hadir untuk selesaikan masalah!
.
Bosan tau kalau faham teori je. Buatnya tak. Berimaginasi tanpa realisasi adalah satu perkara yang amat KELAKAR dan merugikan sedangkan hal itu remeh saja nak buat.
.
Ya, Huda buat pasal intangible cultural heritage, takde kena mengena dengan business! ANDA PASTI?! Tunggu tesis Huda siap nanti tau! Sesamalah baca..jangan termuntah sudahlah.
.
Buat PhD ni, banyak rahsianya. Nak tahu, cubalah buat! Biasiswa berlambak. Nak ke nak?
.
Saya pilih untuk NAK sebab saya tak suka rugikan peluang yang suami saya izinkan. Bukan senang dia nak kasi saya susah-susah. Dia sayang saya, kalau boleh nak bagi saya rehat saja kat rumah, jaga anak-anak, duduk bawah aircond, tak ada gangguan.
.
Peluang ni Huda nak guna betul-betul sampai jadi. PhD habis, bisnes jadi. Kurang-kurang konsisten sampai bila-bila. Yang penting USAHA! Bukan berangan jatuh gedebuk 1 juta atas riba! Atau sibuk kenen orang saja nak itu nak ini. MALU!
.
So, dua bulan ni Huda dah buat banyak benda.
.
1) Menyiapkan 'accessory' chapter 12345. Ada masanya memang tak boleh nak buat chapter berat2...tak boleh paksa, nanti PhD tu jadi Permanent Head Damage. Tak MAU!
.
2) Buka syarikat perkongsian iRM Beauty®. Boleh lihat page IRM BEAUTY jika nak tahu apa kami jual. Nak buat duit, meniaga, simple. Buan masuk Skim Cepat Kaya, ok! Modal kecil ke tak ada modal ke, tak apalah, ikhtiar je apa-apapun.
.
3) Jadi affiliate untuk jual e-book Puan Nora Yusof yang kalian boleh beli di link DI SINI. Sambil tolong promote e-book saudara seislam, saya belajar dan perhati macamana nak menulis tau! Ni boleh jana pendapatan pasif ok! Paling penting, pengisian dalam e-book ni. Sentap habis! Tapi BERUBAH kepada yang lebih baiklah...pandai penulis!
.
4) Jadi agen perniagaan saudara seislam Miracle Refreshing Scent KAT SINI sebab banyak faedahnya untuk anak-anak Huda.
.
5) Tolong promote perniagaan kawan KAIT KOPIAH. Bukan senang nak survive dalam dunia sekarang. Kena tolong orang. Supaya Allah tolong kita balik banyak-banyak lagi!.

No comments: