Jun 1999 tarikh saya mendaftar sebagai pelajar Matrikulasi Undang-Undang di ITM pada ketika itu. UiTM sahaja yang menerima pelajar aliran sains untuk buat undang-undang pada ketika itu. Alhamdulillah, sudah takdir di sini walaupun tidak pernah terfikir untuk berada di sini. Pada 26 Ogos 1999, saya berada di Stadium Malawati Shah Alam menyaksikan perisytiharan ITM sebagai UiTM oleh Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia. Selepas setahun setengah, berjaya terus ke program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Fakulti Undang-Undang UiTM. Transformasi UiTM berlaku di hadapan mata. ITM-UiTM. Warna hijau bas jadi ungu, fail warna hijau juga jadi ungu..... ehem, rasa bangga sebab berada di Universiti. Hihihi. Belajar tidak mudah. Hidup di Shah Alam juga tidak mudah bagi saya yang masih lagi "reserved' orangnya.. hehe. Semua payahlah terutama sekali nak dapat kolej. Komitmen 70% kolej, 30% belajar... semata-mata nak dapat kolej. Orang susah katakan. Mana ada duit nak sewa kat luar. Namun tersedar apabila pointer 'elok' sgt dan bangun berlari untuk mengejar matlamat. Berjaya tamat LLB pada 2003. Sambung LLB (Hons) setahun kemudian. Hidup makin sukar kerana Mama and Papa passed away plus.... Ingat lagi dua minggu sekali beli nasik. Tapi Firm members sangat sporting, selalu makan sama-sama, so menumpang la makan nasik..huhu.. Slim masa tuh.. Tamat juga LLB (Hons). Happy sgt masa konvo walaupun parents tak ada. Kemudian mohon LLM (Commercial Law). Dapat tapi tak buat sebab tiada wang. TNB telefon menawarkan pekerjaan. Terima dengan sukahati. Attend Outward Bound Malaysia. Harga sebulan gaji utk participate tapi TNB belanja. Memang best! Tapi jika tak bernasib baik, ada yang patah tulang belakang, semput dsb. Really test my mental, emotional and physical limit!!!. Thanks to TNB. Got scholarship to do LLM in International Law overseas tapi pregnant masa tu and hubby tak kasi, so got LLM in Administration of Islamic Law di IIUM. Alhamdulillah. Ops lupa, lepas LLB (Hons), dapatla RM2000++ duit pencen arwah Papa. So I buat Diploma Lepasan Ijazah Syariah dan Amalan pada hujung minggu dan pada masa yang sama pelajar dalam kamar di Amin-Tan & Co pada hari minggu. Apalagi nak buat sebagai anak yatim kan?. Belajar je la. Hihihi... Abang Rujhan promote staf dia kat MOHE bernama Suharmi. Saya kata jika keluarga suka, saya terima je. So, kawin. Alhamdulillah, dapat tiga anak dalam masa 5 tahun. Sekarang pensyarah di UiTM. Kontrak 7 tahun sebab pakai biasiswa Tenaga Pengajar Muda. Kembali ke UiTM. Lusa akan hadiri majlis konvokesyen ke-74 di Dewan Agong Tuanku Canselor. Gah dewan tu... Sperti biasa, bergetarlah jiwa kala menyanyikan lagu UiTM Di Hatiku. Aku cinta padamu.
No comments:
Post a Comment