Bukan itu sahaja. Banyak anugerah yang Allah berikan kepadaku. Salah satunya menyanyi dan mengalunkan bacaan al-Quran secara tarannum dan tartil. Alhamdulillah, masa sekolah rendah, pernah juga masuk pertandingan menyanyi. Tapi berhenti masa darjah lima sebab dah baligh...malu..dah pakai tudung dan segan secara alami. Pernah juga menjadi solo pertandingan nasyid peringkat daerah semasa darjah tiga dan mendapat tempat pertama/kedua (x ingat)...
Bakat paling istimewa yang Allah beri ialah dapat melagukan bacaan al-Quran sejak berumur enam tahun. :) Asalnya, Kak Su yang dibawa Mama untuk belajar tarannum, dan saya adalah pemerhati yang setia je. Tapi dengan kuasaNya, saya yang dapat mengalunkan lagu dengan sempurna tanpa melihat al-Quranpun..huhu besarnya kebolehan saya masa tu. Namun, saya tetap malu.. Pernah saya baca Quran di bawah kain batik Mama apabila diminta utk baca oleh orang kampung...huhu... Pernah juga diminta AJK masjid utk mengalunkan bacaan semasa menunggu waktu berbuka di Masjid Lubok Jong...glamerrr!! huhu.. mengalahkan Siti Nurhaliza... hihi... Semasa di SMK(A) Naim Lilbanat, saya popular dengan lagu 'Buminya Goyang kerana Tak Sembahyang' semasa Form 1. Kakak2 form 4 selalu buat gaya bergoyang apabila saya nyanyikan lagu tu..huhu... nakal betul depa ni doe... tapi kenangan manis tuuuu. Macam artisla kat Naim, lepas maghrib menunggu 'isya je.., mesti ada special request utk bernasyid kat depan surau tu... haihh.. segan, tapi adik junior la katakan.. ikut je le... Bila masuk MRSM PC, berhenti sekejap mengasah bakat suara ni... banyak fikir masalah Kimia, Fizik, Add Math... huhu.. Bila masuk UiTM, pernah juga mewakili UiTM Shah Alam ke Perujian Tilawah Peringkat UiTM Se-Malaysia. Dapat Tempat Pertama!!. Ustaz Dino dan Ustaz Dini adik beradik yang membimbing saya masa tu. Kemudian, masuk pula perujian Tilawah peringkat IPTA dan IPTS dan mendapat tempat ke-2.. dapatlah RM600 serta hadiah iringan... seronok dapat duit.. hihi... terus beli kain utk arwah Mama. Huhu... suka bebenor beli kain pasang buat hadiah utk Mama atau sekarangpun...untuk mertua.
Inilah anugerah suara yang Allah berikan kepada saya. Sebenarnya, anugerah ini lebih kepada ujian..kerana bukankah suara itu aurat? Ya. Jika tak kukuh iman, kalah Mawi dalam AF tu...wakakaka gurau jelah. Ujian inilah yang melatih saya menjadi seorang yang penyabar dan bersyukur kesan daripada menahan keinginan dalam diri. Takdelah penyabor sgtpun... tapi adalah sikit kesan yang boleh dirasa. Buat masa sekarang, suaraku untuk anak-anak dan suami. Tidak lupa juga mahasiswa/mahasiswi serta rakan-rakan seperjuangan di Faculty of Law, tiada alunan merdu untukku pertontonkan semata-mata untuk mendapatkan populariti. Suaraku digunakan sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai pensyarah dan juga sebagai menghargai kehadiranmu teman-teman dalam mewarnai kehidupanku termasuklah bacaan puisi sempena dengan meraikan Detik Emas Persaraan Pensyarah-Pensyarah Senior baru-baru ini. :) hihihi... sekali-sekali sajalah. Saya malu! Hihihi.
No comments:
Post a Comment