Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru: Guru Pembina Negara Bangsa

Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia. Siapa yang rasa kerja dia mengajar dan mendidik tu, gurulah tu, haa. Tidak kiralah apa jua level keguruan anda, andalah guru. Sekali lagi, SELAMAT HARI GURU!
.
.
Kepada guru-guru yang pernah mendidik saya dari kecil comel sehinggalah sekarang termasuklah Supervisor saya Dr Nuraisyah Chua Abdullah, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Segala jasa anda tidak mampu saya balas dengan kata-kata dan perbuatan. Namun doa saya agar kalian guruku ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang BAHAGIA di dunia dan akhirat.
.
.
Saya turut sama mendoakan guru-guru yang telah pergi menghadap Ilahi. Pesanmu akan diingat sampai bila-bila. Buat murabbi, segala pesanmu akan kupegang kerana dengan bimbinganmu dengan izin Allah, daku beroleh hikmah dan sahabat-sahabat dunia akhirat yang sama-sama berbaik sangka demi mencari redha ilahi. Semoga Dikau tenang di sana.
.
.
Kepada guru-guru kepada anak-anak dan suamiku, dikaulah bintang-bintang di langit yang daku lihat sebagai yang terindah dan teristimewa kerana berkat jasamu, aku beroleh bahagia bersama anak-anak didikmu iaitu suami dan anak-anakku itu.
.
.
SELAMAT HARI GURU!
.
.
Nurulhuda Adabiah Mustafa
Alumni Sekolah Kebangsaan Kubang Kuau (1987-1988)
Alumni Sekolah Kebangsaan Tiang Chandi/Sri Kiambang (1988-1992)
Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Na'im Lilbanat (1993-1996)
Alumni Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa (1997-1998)
Alumni UiTM Shah Alam
Alumni UIAM


Tuesday, May 10, 2016

Belajar Dari Kesilapan

Dengan baju kurung yang dipakai sejak tingkatan tiga serta kasut sukan yang dihadiahkan Asyiq Sofia yang dibelinya di Jepun, saya melangkah laju menuju ke kelas 'Human Communication' kelolaan En Zulkifli di Bangunan Kolej Meranti. Lega, dapat sampai ke kelas tepat pada waktunya. Pagi itu, macam biasa saya ke kedai runcit Rahmat untuk mendapatkan roti Sweety berinti Krim berperisa coklat berharga RM1.80 dan jus mangga berharga RM2.50. Sarapan yang mengenyangkan perut sehingga ke waktu tengahari.

Saya tidak pernah bermimpi untuk mengikuti kursus matrikulasi undang-undang di ITM. ITM, tak glamour. Malu dekat kakak-kakak, abang-abang, serta kawan-kawan yang melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan yang dah established, yang dipanggil 'Universiti' dan bukannya 'Institut'. Hati tak bersyukur, berasa malu dengan ketetapan Allah Yang Maha Menentukan. Apa guna susah-susah berhabis duit, buang masa duduk asrama di MRSM PC, kalau setakat masuk ITM. Pelajar sekolah kampung yang tiap-tiap hari menghadap muka mak ayahpun boleh masuk ITM. Hati mempersoalkan nasib diri.

Kat MRSM, ada jugak student vogue, tapi ITM lagi dahsyat, tak betah budak kampung seperti saya menyesuaikan diri dengan mereka. Namun, saya tak pula jadikan pelajar kekampungan lain sebagai kawan sepengajian. Hmm, tak ada standard. Memang tak sedar diri. Kejutan budaya. Pakai baju kurung juga, tapi dengan kasut sukan. Masa tu, bukan trendnya begitu. Walaupun Kolej Seroja dan Bangunan Kolej Meranti itu tak jauh mana, tapi keadaan menuruni bukit dan menaiki bukit itu mendorong saya lebih praktikal. Semangat menuntut ilmu itu lebih berkobar-kobar berbanding mahu mengenakan pakaian yang vogue. Alah, lagipun bukannya ada duit nak beli semua tu. Pakai je apa yang ada. Baju kurung dan kasut sukan.

Saya kurang matang semasa di peringkat matrikulasi, lost, tapi berjaya mendapat pointer yang baik untuk melayakkan saya ke peringkat LLB secara automatik. Walaupun dahi bertampal dengan plaster dan gigi memakai pendakap besi, ada juga yang mengaku mencintai saya. Cinta buat fokus saya hilang semasa belajar. Saya sering menyalahkan kesibukan dalam aktiviti kolej sehingga pointer tak cantik, ataupun lecturer yang tak pandai mengajar sedangkan perasaan cinta itulah yang buat saya hanyut. Cinta lebih penting daripada cita-cita. Cita-cita? I did not have that clear ambition to be what and who. I just did what I was asked to do. Saya memutuskan perhubungan sebaik menyedari keterlanjuran pointer yang amat memalukan. Law of Contracts, Torts....wargh! Lagipun Arwah Papa tak suka. Macamana la boleh hanyut sampai pointer tunggang langgang. Cinta yang sebenar tak buat matlamat hidup kita tunggang langgang. Baru saya sedar, ia bukan cinta, tapi nafsu. Orang yang menuntut ilmu tidak serasi dengan orang yang menurut hawa nafsu. Mengekang hawa nafsu adalah ciri orang yang mencari ilmu. Maka, bye bye calon suami yang tidak menjadi. Cita-cita ibu ayah masih ada untuk dipenuhi walaupun saya sendiri tidak punya cita-cita yang jelas.

Painful! Nak cover balik pointer...jenuh! Bukan saja makin kena usaha lebih, nak kekang nafsu satu hal pulak. Makan, tidur, musik, tak boleh lebih-lebih, pakaian tak payahla nak ikut trend sangat. Aktiviti kolej tetap buat sikit-sikit untuk dapat kolej. Boyfriend? Kalau setakat nak buat orang perempuan sebagai object melampiaskan nafsu, baik tak payah. Melampias nafsu ni bukan dengan hubungan kelamin saja, ia boleh berlaku dengan pelbagai kaedah moden yang jahiliah. Tenung-tenunglah sendiri. Dahla masuk ITM saja, pointer teruk juga. Tentulah ada yang salah. Tapi saya tak salahkan diri atau orang lain 100% sebab, pertama, jika salahkan diri 100%, saya tak jamin akan kuat untuk hadapi masa yang berbaki di UiTM (ITM-UiTM) kerana tradisi keluarga kami, adik-beradik perempuan semua excell dalam akademik. Kedua, saya tak salahkan orang lain 100% kerana saya sedar saya juga salah. Salah kerana tidak bersungguh-sungguh mengenal Allah SWT walaupun pada asalnya saya adalah pelajar di SMK(A) Na'im Lilbanat. Salah, kerana tidak cuba menyelami cinta Allah yang selama ini menjadi bekal sejak azali. Salah kerana saya pilih untuk ke selekoh bahaya dalam kehidupan, sedangkan banyak lagi selekoh-selekoh jalan yang lurus tersedia. (Macamana boleh tersalah pilih jalan tu asalnya sebab tak ikut kehendak mak, lain kali cerita).

Dengan muka tebal, saya bertahan dalam LLB dan akhirnya tamat. Berkat doa semua juga (terutamanya doa mama papa yang masih ada pada ketika itu), saya juga berjaya dalam temuduga untuk ke LLB (Hons) walaupun saya tahu, pointer...hm, tapi saya tak mau pandang ke belakang!!! Saya terus mengejar apa yang telah lari daripada saya, peluang, masa, kasih-sayang ibu-ayah, ilmu, real friendship dan segalanya dengan segala kudrat iman yang tersisa. This 'lone ranger' (gelaran yang diberikan seorang kawan semasa di Matrikulasi) has survived the trials and tribulations! Kuasa Allah. Tapi, kala itu, saya kembali mendekati Tuhan. Saya kembali mengenakan tudung labuh dengan asbab keinginan yang kuat untuk mengekang hawa nafsu demi menuntut ilmu. Biarlah orang kata saya orang PAS atau pelampau agama sekalipun, yang penting, saya sekadar mengenakan pakaian yang boleh membantu meneguhkan iman saya. Iman saya tidak sama dengan iman mereka. Iman yang saya perlu dalam sebuah survival menuntut ilmu. Untuk apa saya menuntut ilmu, saya tidaklah pasti, tapi 'kerjaya' menuntut ilmu itu satu kerjaya yang mulia di sisi Allah rabbul jalil. Semua tahu itu.

Hati makin tenang, minda semakin terang. Alhamdulillah, LLB (Hons) dilalui dengan baik walaupun ia jauh lebih mencabar daripada LLB. Thanks Allah, thanks Edward Paul, Korventt Wheezer Jomiji, Aznika Anas, Nurul Safwaty Salleh dan Herlina Khamisiah Sauli. You were all, rock! Saya dapat rasai kebebasan hidup bersama kamu dalam keadaan saya bertudung labuh serta berjubah bersama kamu yang bukan Islam dan mengaku belum sepenuhnya seorang Muslim yang sejati. Hati kamu mulia. Thanks to all my LLB (hons) friends too. Tapi that is one side of my story. There was another side (kehidupan beribu tiri, lain kali cerita)

Apabila kembali kepada Allah, mengenangkan cinta hati

Friday, May 6, 2016

Tak Perasan Berdosa - Lumrah Manusia. Bertaubatlah.

Assalaamu'alaikum wbt. :)
.
Semenjak berkawan dengan Cikgu Nora dan kawan-kawan yang sudah membaca tulisan Cikgu Nora, saya tahu selama ni banyak dosa yang saya buat tapi tak perasan.
.
Dosa yang lebih cenderung ke atas manusia yang ingin menjadi baik. Ya saya nak sangat jadi baik, sebab kita semua tahu kan apa janji Allah terhadap orang yang berbuat baik.
.
Tak perasan ada sifat UJUB
.
Kadang ada perasaan RIAK, TAKABBUR, BANGGA DIRI dan tanpa sedar menyinggung perasaan orang lain. Banyaknya dosa saya! Tapi memang saya tak perasan. Lama-lama fikir, analisa, evaluate itu ini barulah saya perasan yang sifat-sifat itu adalah dalam diri saya dalam keadaan-keadaan tertentu. Maafkan saya, saudaraku.
.
Cikgu Nora cerita pasal rezeki, bagaimana nak tarik rezeki melimpah ruah. Hebat tulisan Cikgu Nora. Baru baca sekali, dah rasa terpukul. Semak diri sana sini, banyak benar khilafnya.
.
Paling haru saya ni berdosa kerana masih nak terasa hati dengan orang itu orang ini. Bila hati kita terasa hati, perasan kan, kita ni dah negatif. Asalnya memanglah salah orang tu, tapi hakikatnya bila kita berterusan terasa hati, kita dah secara tak sedar mengumpul aura negatif dalam diri. Tak pasal-pasal diri kita ni menyekat banyak peluang-peluang, kejayaan-kejayaan, kasih-sayang, dan lain-lain lagi rezeki Allah SWT.
.
Susahkan bila dah terasa hati? Macamana lah boleh terasa hati tu kan? adakah memang orang tu buat salah kat kita atau kita yang berasa tidak senang atas sebab sifat cemburu? iri hati? kurang bersyukur? Haish, ini yang saya takut. Takut sebab tak perasan bahawa selama ni saya terasa hati disebabkan salah saya sendiri. Ayyoo...
.
Akhir-akhir ni memang saya selalu doa sangat. Selalu menghadap Allah sebab saya mahu mengaku bahawa banyak khilaf dalam diri selama ini yang beri kesan kepada orang lain. Supaya Allah leraikan kebuntuan agar dapat pulihkan semangat diri, dapat bina hubungan yang harmoni dengan sesama manusia dan dapat mengecap rasa tenteram apabila bergaul dengan sesama manusia. Allah, hamba-Mu ini berlindung di bawah lembayung rahmat dan kasih-sayang-Mu daripada manusia dan jin yang punya niat yang jahat apatah lagi yang jahat. Aamin.
.
Boleh dapatkan e-book Cikgu Nora di sini >>> http://bit.ly/suratanrezeki

Dah baca nanti, saya mahu sangat dapat feedback daripada pembaca. Bukan semata-mata kerana testimoni atau untuk tujuan promosi (ia sampingan dengan izin), apa yang lebih penting, saya tahu saya sudah memberi manfaat dan menambah nilai hidup orang lain sepertimana Cikgu Nora dah lakukan ke atas saya, dengan izin Allah jua.
.
Saya sedaya upaya usaha buat promosi e-book ni kerana ia sangat bernilai. Mudah faham. Mudah sentap untuk kebaikan. Kita tak ego kan? orang yang mahu perbaiki hidupnya perlu tahu apa silap sana sini kan? Kat FB pun saya aktif juga buat promosi. Boleh ke FB peribadi saya di FB Nurulhuda Adabiah Mustafa.
.
Kat sana, sekali-sekala saya buat posting yang saya kira dapat dikaitkan dengan kesan pembacaan e-book Cikgu Nora ni. Boleh terus klik link yang saya bagi macam kat atas tu >>> http://bit.ly/suratanrezeki
.
Demi nak memastikan saya konsisten, kemain saya bina FB page untuk tujuan ni, atas nama 'Mana Rezeki Saya?'. Banyak testimoni-testimoni yang saya sudah kongsikan di sana. Jemput singgah naa. Sini >>> http://www.facebook.com/manarezekisaya. Kat sana nanti, bila jumpa link http://bit.ly/suratanrezeki terus klik naa.
.
Jika rasa berminat tapi masih malu-malu nak beli, boleh cuba baca dulu EDISI PERCUMA E-BOOK FORMULA TARIK REZEKI tu. E-mail kepada saya di suratanrezeki@gmail.com. Saya akan reply mesej anda untuk tujuan ini.
.
Assalamu'alaikum wbt..
.