Saya tidak pernah bermimpi untuk mengikuti kursus matrikulasi undang-undang di ITM. ITM, tak glamour. Malu dekat kakak-kakak, abang-abang, serta kawan-kawan yang melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan yang dah established, yang dipanggil 'Universiti' dan bukannya 'Institut'. Hati tak bersyukur, berasa malu dengan ketetapan Allah Yang Maha Menentukan. Apa guna susah-susah berhabis duit, buang masa duduk asrama di MRSM PC, kalau setakat masuk ITM. Pelajar sekolah kampung yang tiap-tiap hari menghadap muka mak ayahpun boleh masuk ITM. Hati mempersoalkan nasib diri.
Kat MRSM, ada jugak student vogue, tapi ITM lagi dahsyat, tak betah budak kampung seperti saya menyesuaikan diri dengan mereka. Namun, saya tak pula jadikan pelajar kekampungan lain sebagai kawan sepengajian. Hmm, tak ada standard. Memang tak sedar diri. Kejutan budaya. Pakai baju kurung juga, tapi dengan kasut sukan. Masa tu, bukan trendnya begitu. Walaupun Kolej Seroja dan Bangunan Kolej Meranti itu tak jauh mana, tapi keadaan menuruni bukit dan menaiki bukit itu mendorong saya lebih praktikal. Semangat menuntut ilmu itu lebih berkobar-kobar berbanding mahu mengenakan pakaian yang vogue. Alah, lagipun bukannya ada duit nak beli semua tu. Pakai je apa yang ada. Baju kurung dan kasut sukan.
Saya kurang matang semasa di peringkat matrikulasi, lost, tapi berjaya mendapat pointer yang baik untuk melayakkan saya ke peringkat LLB secara automatik. Walaupun dahi bertampal dengan plaster dan gigi memakai pendakap besi, ada juga yang mengaku mencintai saya. Cinta buat fokus saya hilang semasa belajar. Saya sering menyalahkan kesibukan dalam aktiviti kolej sehingga pointer tak cantik, ataupun lecturer yang tak pandai mengajar sedangkan perasaan cinta itulah yang buat saya hanyut. Cinta lebih penting daripada cita-cita. Cita-cita? I did not have that clear ambition to be what and who. I just did what I was asked to do. Saya memutuskan perhubungan sebaik menyedari keterlanjuran pointer yang amat memalukan. Law of Contracts, Torts....wargh! Lagipun Arwah Papa tak suka. Macamana la boleh hanyut sampai pointer tunggang langgang. Cinta yang sebenar tak buat matlamat hidup kita tunggang langgang. Baru saya sedar, ia bukan cinta, tapi nafsu. Orang yang menuntut ilmu tidak serasi dengan orang yang menurut hawa nafsu. Mengekang hawa nafsu adalah ciri orang yang mencari ilmu. Maka, bye bye calon suami yang tidak menjadi. Cita-cita ibu ayah masih ada untuk dipenuhi walaupun saya sendiri tidak punya cita-cita yang jelas.
Painful! Nak cover balik pointer...jenuh! Bukan saja makin kena usaha lebih, nak kekang nafsu satu hal pulak. Makan, tidur, musik, tak boleh lebih-lebih, pakaian tak payahla nak ikut trend sangat. Aktiviti kolej tetap buat sikit-sikit untuk dapat kolej. Boyfriend? Kalau setakat nak buat orang perempuan sebagai object melampiaskan nafsu, baik tak payah. Melampias nafsu ni bukan dengan hubungan kelamin saja, ia boleh berlaku dengan pelbagai kaedah moden yang jahiliah. Tenung-tenunglah sendiri. Dahla masuk ITM saja, pointer teruk juga. Tentulah ada yang salah. Tapi saya tak salahkan diri atau orang lain 100% sebab, pertama, jika salahkan diri 100%, saya tak jamin akan kuat untuk hadapi masa yang berbaki di UiTM (ITM-UiTM) kerana tradisi keluarga kami, adik-beradik perempuan semua excell dalam akademik. Kedua, saya tak salahkan orang lain 100% kerana saya sedar saya juga salah. Salah kerana tidak bersungguh-sungguh mengenal Allah SWT walaupun pada asalnya saya adalah pelajar di SMK(A) Na'im Lilbanat. Salah, kerana tidak cuba menyelami cinta Allah yang selama ini menjadi bekal sejak azali. Salah kerana saya pilih untuk ke selekoh bahaya dalam kehidupan, sedangkan banyak lagi selekoh-selekoh jalan yang lurus tersedia. (Macamana boleh tersalah pilih jalan tu asalnya sebab tak ikut kehendak mak, lain kali cerita).
Dengan muka tebal, saya bertahan dalam LLB dan akhirnya tamat. Berkat doa semua juga (terutamanya doa mama papa yang masih ada pada ketika itu), saya juga berjaya dalam temuduga untuk ke LLB (Hons) walaupun saya tahu, pointer...hm, tapi saya tak mau pandang ke belakang!!! Saya terus mengejar apa yang telah lari daripada saya, peluang, masa, kasih-sayang ibu-ayah, ilmu, real friendship dan segalanya dengan segala kudrat iman yang tersisa. This 'lone ranger' (gelaran yang diberikan seorang kawan semasa di Matrikulasi) has survived the trials and tribulations! Kuasa Allah. Tapi, kala itu, saya kembali mendekati Tuhan. Saya kembali mengenakan tudung labuh dengan asbab keinginan yang kuat untuk mengekang hawa nafsu demi menuntut ilmu. Biarlah orang kata saya orang PAS atau pelampau agama sekalipun, yang penting, saya sekadar mengenakan pakaian yang boleh membantu meneguhkan iman saya. Iman saya tidak sama dengan iman mereka. Iman yang saya perlu dalam sebuah survival menuntut ilmu. Untuk apa saya menuntut ilmu, saya tidaklah pasti, tapi 'kerjaya' menuntut ilmu itu satu kerjaya yang mulia di sisi Allah rabbul jalil. Semua tahu itu.
Hati makin tenang, minda semakin terang. Alhamdulillah, LLB (Hons) dilalui dengan baik walaupun ia jauh lebih mencabar daripada LLB. Thanks Allah, thanks Edward Paul, Korventt Wheezer Jomiji, Aznika Anas, Nurul Safwaty Salleh dan Herlina Khamisiah Sauli. You were all, rock! Saya dapat rasai kebebasan hidup bersama kamu dalam keadaan saya bertudung labuh serta berjubah bersama kamu yang bukan Islam dan mengaku belum sepenuhnya seorang Muslim yang sejati. Hati kamu mulia. Thanks to all my LLB (hons) friends too. Tapi that is one side of my story. There was another side (kehidupan beribu tiri, lain kali cerita)
Apabila kembali kepada Allah, mengenangkan cinta hati

No comments:
Post a Comment