Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia. Siapa yang rasa kerja dia mengajar dan mendidik tu, gurulah tu, haa. Tidak kiralah apa jua level keguruan anda, andalah guru. Sekali lagi, SELAMAT HARI GURU!
..
Kepada guru-guru yang pernah mendidik saya dari kecil comel sehinggalah sekarang termasuklah Supervisor saya Dr Nuraisyah Chua Abdullah, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Segala jasa anda tidak mampu saya balas dengan kata-kata dan perbuatan. Namun doa saya agar kalian guruku ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang BAHAGIA di dunia dan akhirat.
.
.
Saya turut sama mendoakan guru-guru yang telah pergi menghadap Ilahi. Pesanmu akan diingat sampai bila-bila. Buat murabbi, segala pesanmu akan kupegang kerana dengan bimbinganmu dengan izin Allah, daku beroleh hikmah dan sahabat-sahabat dunia akhirat yang sama-sama berbaik sangka demi mencari redha ilahi. Semoga Dikau tenang di sana.
.
.
Kepada guru-guru kepada anak-anak dan suamiku, dikaulah bintang-bintang di langit yang daku lihat sebagai yang terindah dan teristimewa kerana berkat jasamu, aku beroleh bahagia bersama anak-anak didikmu iaitu suami dan anak-anakku itu.
.
.
SELAMAT HARI GURU!
.
.
Nurulhuda Adabiah Mustafa
Alumni Sekolah Kebangsaan Kubang Kuau (1987-1988)
Alumni Sekolah Kebangsaan Tiang Chandi/Sri Kiambang (1988-1992)
Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Na'im Lilbanat (1993-1996)
Alumni Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa (1997-1998)
Alumni UiTM Shah Alam
Alumni UIAM
No comments:
Post a Comment