Tuesday, November 7, 2023
KLOROX HATI
Bismillahirrahmaanirrahim
.
Pada satu malam, saya bermimpi berada di satu tempat yang dikerumuni oleh para ulama dan ahli zikir. Saya juga berada di situ, di kalangan mereka.
.
Tapi telanjang!
.
Maka saya berasa amat malu dek keaiban yang tidak dapat diselindungkan.
.
Kemudiannya saya bertanya kepada sahabat di situ, "Bagaimanakah ia boleh berlaku?" "Bagaimana tanpa sedar saya boleh telanjang di bahagian para ahli zikir? Ia sungguh mengaibkan!
.
Katanya sahabat yang sama dalam satu perjalanan (tapi saya tidak kenali dia), "ada tempat-tempat dan ketika, kita tidak boleh di'kencing' oleh syaitan".
.
.
.
Lalu saya bangkit, cuba memahami apakah mesej yang Allah hendak sampaikan kepada saya.
.
Apabila tersedar, saya terus mendakap suami (bukan kerana apa)tapi akhir-akhir kebelakangan ini perasaan saya terhdapa suami banyak yang negatif.
.
Bukankah ia perkara larangan? kecil atau besar bukan persoalan.
.
'Perasaan' yang muncul di dalam hati adalah perkara larangan tetapi saya tetap melayaninya dengan alasan melayani 'perasaan hati'.
.
Saya tersedar yang perasaan hati itu sebenarnya bukanlah perasaan hati yang 'suci', tapi perasaan hati yang 'sudah dicemari'.
.
Iaitu perasaan hati yang sebenarnya sudah 'diperdaya' oleh syaitan yang direjam. 'perasaan hati' yang sudah diadun dengan godaan dan bisikan hawa nafsu semata-mata.
.
Allah! Malu rasanya. Seandainya keaiban itu betul-betul Allah hadirkan di alam nyata. Dilihat pula oleh manusia sekeliling kita, apatah lagi manusia yang beriman, yang berzikir kepada Allah, apalah lagi yang tinggal buatku? maruah sudah tergadai.
.
Namun, dalam mimpi itu, semua sibuk dengan hal masing-masing. Seolah-olah masing-masing takut dengan Allah. Masing-masing menjaga akhlak dan hati sendiri agar tidak mendapat aib sepertimana saya di situ. Ada sekelompok manusia itu nampak akan aibku, terus buat bulatan dan berzikir dengan lantangnya. Allah!
.
Sungguh, saya takut! Takut dengan Allah Yang Maha Melihat hati-hati kita. Dia Yang Maha Penyayang hitung satu persatu titik-titik putih dan hitam di dalam hati kita.
.
Dia mahu saya terus sedar dan bertaubat. Hentikan apa-apa rasa di dalam hati berunsur maksiat.
.
Saya peluk suami tanpa berkata apa-apa dan tidak memberitahunya apa-apa. Lantas terbit satu perasaan suci terhdapa dia. Perasaan redho yang lain benar rasanya. Perasaan redha yang Allah Maha Tahu.
.
Seharian, saya lihat suami saya berseri-seri, gembira dan bercahaya.
.
"Adakah kerana semata-mata hati saya sudah bersih daripada perasaan negatif terhadapnya, ya Allah?"
.
Allah! Besarnya dosa-dosaku selama ini.
.
Selalu fikir dan rasa macam-macam terhadap suami.
.
.
.
Saya berfikir lagi tentang suami.
.
Bagaimana sebelum saya pergi ke Madinah, Makkah dan satu lagi tempat yang mulia, hati kecil saya amat mendesak saya MEMOHON MAAF dan MEMAAFKAN suami.
.
Maksud saya, setiap detik beberapa ketika sebelum dan semasa di sana, hati kecil saya nekad MEMAAFKAN segala-galanya buat suami.
.
Lalu rasa berfikir lagi...
.
Bagaimana Allah menghujani saya dengan limpah rahmat dan kasih-sayangnya sepanjang saya di sana. Allah! Hebat!
.
.
.
Semalam, saya bertemu seorang sahabat. Beliau akan melahirkan anak tidak lama lagi. Saya sungguh teruja dan mendoakan beliau mendapat rahmat, kasih-sayang dan belas kasihan daripada Allah SWT.
.
Sambil kami semua berborak, saya nampak aibnya terhadap suaminya. Saya tidak mampu berkata apa-apa dan minda saya terus hanyut.
.
Segala perbualan yang tadinya rancak dan gembira, bertukar menjadi kosong. Saya seolah-olah tidak mampu berfikir. Seluruh jentera komunikasi saya gagal berfungsi. Jiwa saya tiba-tiba kosong.
.
Fikiran terus melayang. "Ya Allah, sahabatku ini dalam keadaan yang lemah. Dikau kirimlah satu kekuatan ke dalam jiwanya agar dia memahami..."
.
"Aku boleh saja menasihatinya dengan jiwa dan air mata, tetapi Dikau jualah Yang Maha Berkuasa mengirimkan secebis rasa"
.
"Ya Allah, mahu saja aku menasihatinya, tetapi Engkau Maha Berkuasa menasihatinya dengan Maha Lembut dan Hikmah"
.
"Ya Allah, dia dalam keadaan yang lemah. Suaminya juga dalam situasi yang yang Engkau Maha Mengetahui"
.
"Engkau Maha Tahu Ya Allah bahawa sesunggunhnya secebis rasa sakit di hati seorang suami terhadap isteri itu akan menjadi beban dalam proses bersalinnya nanti maka kau kirimkanlah perasaan suci murni, memohon maaf sedalam-dalamnya serta memaafkan sedalam-dalamnya kepada dia terhadap suaminya"
.
"Allah, perkenankanlah doaku ini. Sungguh lidahku tidak mampu melakukannya (menasihatinya). Engkau Maha Tahu Ya Allah. Sungguh, Dikau peliharalah dia daripada perdaya syaitan yang direjam itu. Sesungguhnya dia seorang yang banyak berbakti Ya Allah. Kau ampunilah dia dan berkatilah proses bersalinnya nanti. Aamiin"
.
.
.
Teringat pula saat saya melahirkan anak no. 4. Sungguh, sebelum bersalin lagi saya memang kepenatan. Kepenatan kerana mengandung. Masa mengandung, saya tertekan. Dalam tempoh kehamilan itu, banyak dosa saya terhadap suami. DEGIL. Ada perasaan "saya betul" apabila berhadapan dengan suami. Sungguh, saya amat lemah. Namun, sebagai seorang suami yang sedar bahawa saya sedang berperang dengan kepenatan, tekanan di tempat kerja, komitmen dengan anak-anak kecil yang lain, keluarga dan paling nyata...syaitan dan nafsu, beliau selalu bertafakkur dan melihat saya dalam-dalam setiap kali selepas solat (walaupun ada kalanya saya berpaling.
.
Dia tahu saya kurang ajar, tapi dia tetap mahu memaafkan dan menunjukkan kasihan belas kerana dia tahu, saya sedang mengandungkan anaknya, benih yang disemai dengan penuh cinta. Dia jaga saya semampunya dalam kesibukan dia bekerja dan melayani ibu-ayah yang masih ada dan adik-adiknya. Dia masih meredahi segala kelakuan saya terhadapnya.
.
Sungguh, dia insan yang sangat mulia.
.
Saya juga seringkali memohon maaf daripadanya. Dia maafkan sahaja. Alhamdulillah.
.
Kamis empat sama-sama menanam
.
.
.
Hentikanlah sebelum keaiban kita akan dipertontonkan kepada seluruh makhluk-Nya. Ptuhlan kepada suruhannya dan ambillah pengajaran kepada setiap peringatan yang Allah beri.
.
Saya melihat diri saya berubah. Hati saya sudah saya 'klorox'. Alhamdulillah.
.
Kemudian saya terfikir lagi, di manakah tempat-tempat yang perlu saya berjaga-jaga agar apabila berada di situ, hati kita tidak boleh diperdaya oleh syaitan? Apa pula contoh-contoh hati yang sudah diperdaya oleh syaitan?
.
Lama saya fikir dan cuba menyelami peringatan ALlah tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment