Alhamdulillah buat Allah Penciptaku. Ini adalah kandungan yang ke-4 buatku. Walaupun ada kebimbangan saudara-mara dan juga teman-teman tentang kehamilanku yang boleh dianggap kerap, Alhamdulillah... peranakanku(uterus) masih lagi sihat.
Kehamilan sudah tentulah menduga kemampuan fizikal, emosi juga mental. Walaupun peranakan kuat, namun... Urat-uratpun terasa bisa kadang-kadang, keletihanpun luar biasa. Paling menduga kemampuan ialah apabila kurangnya sokongan moral daripada orang sekeliling memandangkan dalam tempoh kehamilan ini, sokongan moral daripada insan-insan terdekat itu juga mestilah luar biasa. Namun, apalah sangat yang dapat dibuat oleh mereka. Kehamilan adalah satu tempoh yang sangat 'LONELY' macam PhD juga. Orang lain tidak akan benar-benar memahami apa yang berlaku kepada kita. Maka, mempersalahkan mereka adalah perkara yang sia-sia.
Setelah dua kali menghadiri kursus PhD methodology, dan setelah empat kali melalui tempoh kehamilan serta insyaAllah...kelahiran, memang x banyak bezanya daripada segi teori/praktikal. Kita dinasihatkan sentiasa solat tahajjud, solat dhuha, semata-mata untuk mencari redha Allah, Dipandu, serta Dipelihara agar segala kepayahan yang dilalui itu berjaya ditempuhi dan membuahkan hasil yang diimpikan.:)
Selama 31 tahun kehidupan, tiadalah yang paling fitrah, paling mengingatkan aku kepada Pencipta ialah semasa menunggu saat-saat kelahiran. Sesungguhnya bukan siapa-siapa yang lain, malah bukan suami yang kita cintai itu... tetapi Allah SWT, Penciptaku itu. Hanya Dia Yang Maha Berkuasa mengawal segala kesakitan yang ditanggung. Maka, dengar, baca dan ikutlah apa yang Allah perintahkan. Contohnya: Menghormati suami (sekiranya suami kita telah sedaya upaya menjadi insan mulia di sisi Allah) atau/dan Ibu-Bapa (sekiranya mereka masih ada). Jadi, apa pula kaitannya sakit mahu bersalin dengan menghormati suami/ibu bapa? FITRAH ciptaan makhlukNya... Menghormati insan yang pernah melahirkan, membesarkan, mendidik, menanggung beban kita dan juga menghormati insan yang menjaga, memberi nafkah serta menanggung dosa-dosa kita... Dengan cara itu, kita menunjukkan rasa SYUKUR kepada Pencipta.:)
Besar hikmahnya merasai kesakitan menanti kelahiran itu. Ia mengingatkan aku kepada Allah daripada hati yang terdalam! Tiada yang dapat mengganggu kekhusyukan aku mengingati Allah tatkala menanggung kesakitan itu! Gugurlah dosa bak dedaunan kering di musim luruh. SUCI buat seketika...
Cabaran membesarkan anak tidak kurang hebatnya. Malah lebih lagi! Maka aku sudah berazam, dengan keizinan suamiku, untuk fokus membesarkan anak-anak yang sudah ada ini dengan sebaik-baiknya! InsyaAllah. Kesihatanku perkara sangat berharga dalam menjalani kehidupan berumahtangga yang dihiasi dengan permata-permata yang indah sebagai amanah itu! Maka, insyaAllah... Akan berehat seketika buat lima tahun sekurang-kurangnya... sebelum merancang kehamilan yang ke seterusnya. InsyaAllah, ini adalah antara keputusan terhebat pernah aku lakukan.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan kesejahteraan kepada kami sekeluarga dalam meniti kehidupan. Fasa seterusnya, MENDIDIK anak-anak menjadi permata-permata indah, yang tidak ternilai daripada segi akhlaknya, ilmunya, imannya! Alhamdulillah kerana Allah telah memberikanku kesedaran ini. Sesungguhnya, diriku, fikrahku, emosiku, rohaniku...hatiku berada dalam genggaman Allah. Dia yang merancang semua ini, mengatasi segala perancangan manusia.
Maha Suci Allah!:)
No comments:
Post a Comment