Saya memang sudah dilatih menjadi usahawan sejak kecil lagi oleh arwah mama. Jual jagung rebus semasa sukan rakyat, jual buah jambu mawar dan limau godang kat kawan-kawan di sekolah... dapat duit buat belanja diri dan kawan-kawan (bukan simpanpun). Heheh.
Tapi usaha berniaga ni tak berterusan apabila masuk sekolah asrama, kemudian ambik program Law kat universiti. Tak ada peluang berniaga dan tiada sokongan moral langsung untuk berniaga. Walaupun kewangan memanglah tak bagus semasa belajar dulu, memang langsung tak berani nak menceburi bidang perniagaan. Persepsi tidak berapa bagus juga lah tentang berniaga ni!:) Saya sanggup hidup dengan gaji RM600 sebulan di Bandar Besar KL dan Shah Alam tanpa langsung ada ikhtiar nak berniaga. Takut dan prejudis!:)
Tapi, apabila sudah kahwin, saya mempunyai perspektif yang berbeza tentang berniaga. Almost 360'. Mak mertua dorong kami berniaga dan bagi sokongan moral kepada kami. Memandangkan suami terlalu sibuk, jadi sayalah penggerak aktiviti berniaga dari rumah.:) Adik-adik ipar pula cerah mindanya dalam perniagaan walaupun permulaannya kecil sahaja. Pada mulanya masih juga sangsi, tapi apabila melihat Kak As turut secara suka-suka berniaga Tupperware, sayapun turut libatkan diri sebagai konsultan. Minat yang muncul itu saya salurkan secara sampingan sahaja memandangkan saya waktu tu pemegang biasiswa, bakal makan gaji dengan UiTM. Masih ada lagi lah perasaan takut dan tak biasa nak berniaga sebab macam-macam syarat rasmi kena ikut kalau nak berniaga... seperti perlu mendapat kebenaran Ketua Jabatan dan sebagainya.
Namun demikian, setelah mempunyai anak yang ramai, kos sara hidup juga semakin meningkat terutama hidup di Bandar Besar Shah Alam, Putrajaya ... Mahu tidak mahu, saya memberanikan diri juga mencuba pelbagai perniagaan secara kecil-kecilan. Kedai memanglah tiada. Nak buka kedai secara onlinepun perlukan komitmen juga. Jadi saya buat keputusan menjadikan perniagaan sebagai hobi semata-mata.
Sekadar jadi agen atau konsultan yang pada asalnya menjadi pengguna sahaja. Hakikatnya, saya langsung tidak disibukkan dengan aktiviti berniaga ini sebab saya pada asalnya adalah pengguna semata-mata.:) Pada masa yang sama jadi agent. Siapa berminat berkongsi produk, boleh order...Hobi yang sangat membuahkan hasil, bukan?:) Selain seronok dengan income, dapat juga lakukan sesuatu untuk membantu diri sendiri dan keluarga.
Buat masa sekarang, produk-produk berikut adalah keutamaan saya:
1) Tupperware
2) VCO Catalyst (Softgels) dan Collagen (Catalyst)
3) Dinar dan Dirham (Setakat ni saya adalah ahli kumpulan pengumpul/peniaga emas perak di FB seperti Gold Lot Shop, Silver Lot Shop, Dinar dan Dirham Restu dll). Saya juga adalah agent berdaftar Public Gold (PG014276)
4) Dalam masa yang terdekat juga saya akan berdaftar sebagai dealer untuk produk ST dan Jamu Ratu Malaya.
5) InsyaAllah, dalam proses mendaftar sebagai konsultan unit trust Public Mutual.:)
Setakat ini, hobi berniagalah yang paling lama kekal berbanding lain-lain hobi seperti menulis, membuat penyelidikan dan sebagainya.:) Namun demikian, tidak banyak masa yang diperuntukkan untuk berniaga kerana saya terpaksa mengutamakan kerjaya hakiki saya sebagai pensyarah di sebuah fakulti yang elit di UiTM. Sudah tentulah penting untuk jaga reputasi dan berdedikasi tinggi!:)
Lebih-lebih lagi saya sudah memulakan langkah untuk meneruskan pengajian ke peringkat PhD. Dengan kata lain, melatih diri untuk menjadi penyelidik. Apa yang pelik, minat saya untuk penyelidikan bukanlah dalam bidang perniagaan, tetapi bidang Pentadbiran Undang-Undang Syariah.:) Mungkin ia daripada naluri dan fitrah sejak kecil hasil daripada dorongan arwah mama.:) Ilmu syariahlah yang pada asalnya beliau ingin saya dalami. InsyaAllah, saya tidak akan lari daripada aspek syariah ni. Buat masa ini, saya akan fokuskan penyelidikan saya kepada peranan dan kedudukan Majlis Agama Islam di sisi Undang-Undang. Tajuk sudah ada, tinggal lagi untuk duduk dan menyiapkan proposal untuk permohonan tempat pengajian dan biasiswa dalam masa terdekat.
Bagi merealisasikan impian ilmu ini, insyaAllah fokus sekarang beralih kepada membuat pembacaan dan penulisan. Maka, tidak kisahlah jika tidak dapat nak bergiat aktif dengan hobipun:) Bukankah hobi itu sampingan sahaja?:) Bagi saya ilmu itu amat bernilai. Peluang yang ada tidak patut disia-siakan. Saya anggap ini juga adalah rezeki Allah.:) Ini jugalah masanya untuk saya merealisasikan impian yang terpendam sekian lama.
Semoga Allah permudahkan jalan ini pada usia sekarang, 31 tahun... Huhu:) Impian sejak umur 27 tahun lagi. Tapi buat apa mengenang nasib yang lepas. Sakit, pedih, marah, kecewa dsb. Sekarang saya sudah redha. Apapun hikmahnya, tiada siapa yang mampu menghalang ketentuan Ilahi:)
No comments:
Post a Comment