Saya berada dalam kelas personaliti BIRU. :) Maka, apakah interpretasi umum berkenaan individu yang berada dalam kelas warna biru ini? Ada lima pembahagian interpretasi iaitu:
1. Personaliti
2. Pandangan Orang
3. Ciri-ciri di Tempat Kerja
4. Meningkatkan Kualiti Kerja dan
5. Gaya Kepimpinan
PERSONALITI saya menurut IPW ini ialah:
1. Sangat mementingkan keharmonian
2. Seorang yang memahami
3. Sensitif terhadap persekitaran/orang sekeliling
4. Menghargai orang lain
5. Membuat keputusan berdasarkan emosi
6. Belas kasihan, bersimpati
7. Mementingkan perhubungan yang baik dengan orang lain
8. Seorang yang berseni
9. Romantik
10. Memberi kerjasama
11. Memberi galakan kepada orang lain
12. Jujur
13. Penyayang dan mesra
PANDANGAN ORANG terhadap saya pula ialah:
1. Terlalu emosional
2. Tidak realistik
3. Terlalu baik hati
4. Senang ditipu
5. Manipulatif
6. Lemah-lembut
7. Merimaskan
8. Naif
CIRI-CIRI DI TEMPAT KERJA pula ialah:
1. Mempunyai dorongan yang kuat untuk mempengaruhi orang lain supaya mempunyai hidup yang lebih bermakna
2. Biasanya bekerja dalam bidang seni, komunikasi, pendidikan dan profesion menolong orang lain
3. Mahir memberi memberi motivasi dan berinteraksi dengan orang lain.
MENINGKATKAN KUALITI KERJA pula, saya diterjemahkan sebagai seorang yang:
1. Mewujudkan suasana kerja yang mesra dan harmoni
2. Berinteraksi dengan terbuka dan jujur
3. Mengelakkan konflik
4. menunjukkan rasa ambil berat, sokongan dan menghargai
5. membenarkan luahan perasaan
6. Menggunakan kemahiran berkomunikasi
7. Memuji
8. Beri maklumbalas secara one-to-one.
GAYA KEPIMPINAN saya pula ialah:
1. Mahukan orang lain menyatakan pendapat
2. Pentingkan semangat kekeluargaan
3. Berusaha membangunkan potensi orang lain
4. Demokratik
5. Menggalakkan perubahan melalui potensi manusia.
6. Pendekatan tidak berstruktur.Saya positif berkongsi warna diri saya menurut IPW ini atas dasar perlunya kita sebagai manusia mengenali diri sendiri dan perlunya orang lain mengenali diri kita. Walaupun tidaklah patut menjadi sandaran 100%, namun ilmu ini juga sebahagian daripada lautan ilmu Allah jua. Segala ilmu yang dikongsi di sini adalah untuk kita saling kenal mengenali dan sebagai satu pendekatan untuk mencari kaedah yang terbaik dalam menjalinkan perhubungan sesama manusia. Saya mengambil pendekatan untuk berfikir secara positif dalam hal ini.:)
No comments:
Post a Comment