Sahabat merangkap sifu saya, Nora Yusof selalu pesan.
.
.
Buat sesuatu kerana Allah!
.
.
Pesan yang dah berkali-kali saya dengar! Daripada Ustazah, Ustaz, hatta sahabat-sahabat saya yang lain! Malah, saya sendiri pernah kecewa kot, dan menyesal kerana tidak ikhlas melakukan sesuatu.
.
.
Saya lakukannya kerana kehendak sendiri dan kerana seseorang.
.
.
Bukan kerana Allah! Saya kecewa! Hati saya sakit! Saya mula salahkan orang lain! Saya hilang fokus! Semua benda nampak tak kena!
.
.
Tapi saya degil, bukannya nak bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.
.
.
Ya, saya masih hanyut walaupun dah diberi peringatan oleh Yang Maha Esa.
.
.
Saya tak ada ilmu, saya ikut cara orang itu dan cara orang ini. Saya telan nasihat orang itu dan orang ini.
.
.
Tapi hati saya dirundum derita yang tidak berkesudahan. Derita yang terpendam di dasar kolam jiwa saya.
.
.
Sampai masa, Allah izinkan saya menunaikan umrah.
.
.
Dekat sana, satu je yang saya ingat. SUAMI. 'keramat hidup'.
.
.
Selama saya tak jaga hati dia ke? JAGA! Kadang BISA. Itulah...
.
.
Kat sana, saya sentiasa doakan Allah ampunkan dosa saya terhadap suami. Nak doa kat Mak Ayah, mereka sudah lama tinggalkan dunia ni. Walaupun saya sentiasa doakan mereka dalam solat saya, namun yang masih ada adalah SUAMI. Yang saya perlu HAYATI KEWUJUDANNYA.
.
.
Saya takut sangat dengan Allah, kalau2 saya dihukum dek kerana saya melanggar perjanjian memuliakan suami. Saya lakukan segalanya dengan mendahulukan kehendak suami. Saya lakukan segala-galanya kerana suami!
.
.
Sampai satu saat, Allah sejahterakan perasaan saya terhadap suami
.
.
dan Allah tujuk lebih lagi.
.
.
DIA, ALLAH.
.
.
Ada orang bertanya, macamana kat Mekah. Ada tak cerita best? Pelik2 ke?
.
.
Susah saya nak cerita. Saya tak pernah lambat menjawab. Tapi kalau diajukan soalan tu, saya terus terdiam, tak tahu mana nak mula.
.
.
Paling-paling pun saya boleh cakap satu ni je, "Allah nak bagi, Dia bagi je. Apa nak hairan?"
.
.
Kita selalu takut, kan? Nak buat itu dan ini...takut kena marah. Takut kena marah dengan SUAMI, contohnya.
.
.
Oklah tu, maksudnya, iman itu ada. Hormat suami itu WAJIB!
.
.
Bukan saya tak rasa bahana menderhakai suami. Bahangnya, maa syaa Allah. Sama lah kalau saya menderhakai IBU saya dulu. Ibu nak saya tinggal kat SMK(A) Naim Lilbanat sampai habis SPM, tapi saya berdegil lari ke MRSM PC. Derhaka.
.
.
Sayalah yang menanggung hebatnya derita dalam jiwa. Walaupun IBU menghembuskan nafasnya yang terakhir sewaktu saya ada di sisi dia, rasa berdosa tu tetap ada. Walau saya tahu IBU dah lama maafkan, dah lupa pun... tapi rasa berdosa tu tetap ada dalam jiwa saya.
.
.
Allah.
.
.
Allah yang hadirkan rasa itu.
.
.
Kerana saya telah kesampingkan suruhan-Nya. MULIAKAN ibumu.
.
.
Allah Yang Maha Berkuasa menghadirkan RASA di dalam jiwa.
.
.
Saya takut.
.
.
Dengan suami saya berlagak bagus adanya.
.
.
Allah....nak tulsi tak sanggup.
.
.
Kat Mekah, saya cuma doa supaya saya CINTAKAN dia, suami saya sepenuh jiwa, sampai akhir nyawa, sampai ke syurga. Kenapa? Saya takut, jika saya LUPA...suruhanny yang itu...MULIAKAN suamimu!!!
.
.
Dunia. Nafsu. Syaitan.
.
.
Saya tak takut. Tapi saya enjoy! Sampai saya hanyut. Sesat di jalan yang terang benderang.
.
.
RUGI!
.
.
Allah dengar doa saya.
.
.
Allah hadirkan rasa cinta di hati saya terhadap suami, sedalam-dalamnya, tidak pernah sebelum ini saya merasai kecintaan yang amat dalam seperti itu.
.
.
Dengan izin Allah yang Mencipta RASA.
.
.
Di Mekah saya bertanya kepada Allah. "Yaa Allah, bolehkah aku berasa diri sangat beruntung? Akulah yang paling disayangi-Mu? Sayalah manusia terpilih, yang dianugerahkan segala permintaannya oleh Allah Yang Esa...walaupun tak minta, Engkau beri dan terus beri? Bolehkah aku biarkan perasaan ini terus bersarang dalam hati? Tnjukkan aku jika tidak boleh, yaa Allah!"
.
.
Kaki saya tergeliat, lantas terjelepuk jatuh atas laluan pejalan kaki. Mujurlah tidak sampai terduduk dan mengotorkan pakaian solat saya yang pada ketika itu mahu ke Masjidilharam.
.
.
"Okey Yaa Allah, ia salah. Takkan aku biarkan ia bersarang di dalam dada. Cukuplah apa yang Kau berikan aku di sini sebagai pengajaran dan GANJARAN buat hamba-Mu yang terpilih."
.
.
Allah nak bagi, Dia bagi je. Apa nak hairan?
.
.
Awalnya saya hairan.
.
.
"Rezeki tu milik Allah. Dia nak bagi, dia bagi je kepada sesiapa yang dia pilih." Kata guru saya.
.
.
Saya takut!
.
.
Walaupun apa yang saya dapat itu ni'mat!
.
.
Saya takut nak balik Malaysia!
.
.
Kepala saya berpusing-pusing setibanya di lapangan terbang di Jeddah! Tidak boleh berdiri! Apalagi berjalan tanpa pegang sana sini!
.
.
Saya takut dengan Allah! Saya bimbang tak mampu menghadapi ujian-Nya! Saya lemah!
.
.
Saya amat bahagia di Makkah dan Madinah. Allah bagi saya RASA BAHAGIA yang tidak bersekudahan!
.
.
Saya tahu, sekembalinya ke Malaysia, hidup saya kembali seperti di Malaysia. UJIAN!
.
.
Allahuuuuuuuu.....
.
.
Saya pujuk hati, ikhlaskan hati untuk balik Malaysia. Tak nak balik tuuuuu!!!!
.
.
Saya pujuk hati yang berada dalam genggaman Allah:
.
.
"Wahai Allah, Dikau damaikanlah hatiku dengan segala urusanku di dunia. Ikhlaskanlah hatiku menghadapi manusia, lapangkanlah diriku terhadap mereka. Mereka saudaraku, yaa Allah. Aku sesekali enggan membenci sesiapapun yaa Allah. Namun NAFSU dan SYAITAN itu sentiasa menyuruh aku melakukan yang mungkar! Allaaahuuu....aku berserah diri kepada-MU. Aku lemah yaa Allah. Kepada-MU jua aku serahkan urusanku di dunia yaa Allah. KERANA-MU yaa Allah!!!"
.
.
Hati kita dalam genggaman Allah, bukan?
.
.
Sakit atau damai...Dia Maha Tahu untuk apa kesakitan dan kedamaian itu....
.
.
Tentu ia bersebab. Sebabnya, kita lakukan semuanya KERANA ALLAH! Allah mahu kirimkan pahalanya!
.
.
Di Mekah, Allah seolah-olah menghadiahkan saya PAHALA-PAHALA kesabaran saya menyantuni / menegur saudara saya kerana ALLAH! Walau hakikatnya betapa sakitnya hati apabila dikata itu dan ini.
.
.
Semuanya KERANA ALLAH!
.
.
.
.
http://www.formularezeki.com/hop.php?ref=suratanrezeki