“Lain macam
ni Bie, kena bawa ke hospital” Kata Alyn, sepupu aku yang sedang bercuti. Dia
pelajar perubatan, tentu dia faham kondisi
Mama masa tu. Aku pula baru habis belajar LLB. Sedang menunggu keputusan nak masuk LLB (Hons). Cuti semesterlah kiranya masa tu.
Sampai hospital, terus ke
bahagian kecemasan. Jumpa Dr Tengku Intan.
“Macamana ni Dr?” aku bertanya
kerana belum mengerti apa-apa. "Mama saya bernafas macam ini, Dr boleh tolong
dia bagi ok sikit?” sambung aku lagi macam budak baru belajar.
Papa tak ada masa tu sebab papa
juga sedang menunggu giliran dan waktu sesuai untuk pembedahan injap jantung di
Hospital Kuala Lumpur. Namun, papa ada telefon untuk dihubungi dan aku
memaklumkan kepada Papa keadaan Mama.
Selepas panjang lebar penerangan
Dr yang enggan menjalankan apa-apa prosedur yang dikhuatiri berbahaya, aku hanya menurut. Abang Rushdan datang ke
hospital, tengok Mama.
“Bie, Mama tak lama dah ni Bie.” Katanya tenang. Aku
belum faham. Dia mula baca Yaa Sin.
Dr Tengku bagi aku sekeping
kertas untuk ditandatangani. Abang Din serahkan kepada aku. Abang Rushdan juga
serahkan kepada aku. Aku telefon Papa, “Papa, Dr bagi kertas ni, minta Bi
tandatangan, persetujuan bawa balik ke rumah sebab Dr pun dah tak mahu buat
apa-apa.” Terang aku. Papa hanya mampu bersetuju. “Takpalah bawak balik” jawab
Papa. Aku bimbang juga dengan keadaan Papa tu, penerangan aku boleh buat dia
semakin sakit. Aku berserah diri dan perlu berterus-terang.
Aku tandatangan surat itu.
Mamapun dibawa balik ke rumah dengan ambulan. Mama masih bernafas macam itu,
lama betul Mama nazak. Abang Rushdan, Abang Din, anak-anak saudara yang
berdekatan datang kemas ruang tamu, seolah-olah ada majlis yang akan kami
hadapi tidak lama lagi. Ya, masing-masing bergilir baca Yaa Sin.
“Mungkin
benarlah kata Dr, kita dah tak boleh buat apa-apa lagi dah, tunggu masa ajelah
ni.” Hati aku berbisik sendirian.
Semua orang dah tertidur, tapi
aku tak boleh nak lena dok sebelah Mama yang bernafas turun naik dari siang
tadi, tak henti-henti. Aku tengok muka Mama, aku cakap apapun, Mama dah tak
respond macam sebelum ni. Aku penat, aku mengantuk tapi aku tak boleh buat
apa-apa. Baca Yaa Sin pun dah berapa round. Last sekali aku mintak izin dengan
Mama nak pegi solat Tahajjud. Aku solat, aku berdoa dengan Tuhan,
“Wahai Allah,
kasihanilah aku dan kasihanilah ibuku.”
Jam lebih kurang pukul 5.30 kot
(hampir ke waktu subuh), aku rasa mengantuk dan minta izin dengan Mama nak
lelap sekejap. Belum seminit aku lelap, aku tak dengar apa-apa. Mama dah tak
bernafas macam tadi, mungkin dah sembuh dan dapat tidur lena?
“Abang, bangun! Tengok Mama ni.” Teriak
aku kat Abang Rushdan yang terlena kat hujung dinding rumah. “Mama ok tak ni
Abang?” aku macam masih kebingungan.
“Mama takde doh ni, Bie. Innaa
lillaahi wa inna ilaihi raa ji’uun” jawab Abang Rushdan dengan yakin.
Aku tengok Mama, aku cakap, “Oh,
Mama dah tak ada.” Aku kucup dahi dan kedua pipi serta peluk Mama, lantas
segera sms kepada Abang-abang dan Kakak-kakak yang berada di kejauhan dan
menemani Papa di HKL. “Mama dah tak ada”. Ringkas. Aku minta Abang Han bagitahu Papa
kerana aku tak sanggup nak bercakap dengan Papa. Lagipun, hari itu 14.4.2004
bakal menjadi hari yang paling sibuk untuk aku. Menguruskan jenazah ibu
sendiri.
Arahan demi arahan aku terima
daripada Papa untuk aku. Barulah aku tahu, Papa sudah standby duit RM2000 dalam
almari untuk pengurusan jenazah dan aku juga terkesima dengan banyaknya duit
syiling yang Papa kumpul dalam tab simen tempat untuk memandikan jenazah.
Alhamdulillah Abang Rushdan dan Abang Din ada untuk tolong panggil orang-orang
yang berkenaan. Aku hanya buat apa yang patut, sebelum kakak-kakak dan abang-abang
aku sampai dari jauh.
Rupa-rupanya Papa juga akan balik
tengok jenazah. Walaupun dilarang Doktor dan Abang, Papa berdegil nak balik. Papa
juga dah tandatangan borang untuk balik atas risiko sendiri, bersama Abang Han
dengan kapal terbang.
Jenazah belum dimandikan,
anak-anak semua dah sampai. Mengelilingi jenazah. Aku tengok buat pertama
kalinya Papa menangis teresak-esak, kemudian Abang Han. Barulah aku mula berasa
sedih, namun tak lama.
Kami adik-beradik perempuan
bersiap-siap untuk memandikan jenazah. Alhamdulillah, Kak Mar (Kakak Ipar) pun
ada membantu. Sewaktu untuk memilih bahagian mana untuk dimandikan, aku telah
memilih untuk mengambil bahagian pusat ke lutut kerana aku sudah biasa
menjaganya sewaktu Mama masih hidup dan terlantar di atas katil.
Sewaktu pengkebumian, Alhamdulillah,
suasana mendung serta angin sepoi-sepoi bahasa.
Dingin dan mendamaikan sehingga menjadi buah mulut orang yang menyaksikannya.
"Bie, doa Mama dah tak ada untuk kita." kata abang Han sambil menangis. Aku diam tidak terkata. Menangispun tidak.
99 hari kemudian, 13.7.2004 Papa pula dipanggil Ilahi sewaktu aku baru sahaja kembali ke UiTM untuk menyambung pengajian LLB (Hons).
Aku grad, aku kerja, aku kahwin, aku beranak-pinak, semuanya tidak disaksikan oleh Mak atau Ayah.
Terima kasih Mama, Papa sebab bagi Bie kakak dan Abang yang AWESOME. Waktu Bi konvo, depa datang bersorak kat Dewan Sri Budiman walaupun orang lain dok sopan santun ja kat dalam tu. Time Bie konvo LLM pulak, Kak Su yang sibuk sebagai doctor pun sanggup nak jaga anak-anak Bie yang dua orang dah masa tu. Pakat-pakat jaga kat rumah Abang Han. Time kawin pulak, pakat2 sponsor belanja itu ini. Tak jadi nak nangis.
Cuma bila Bie dah beranak-pinak dan depa juga hadapi perkara yang sama, Bie sedar betapa harunya Mama Papa dah takda. Barulah Bie mula dok nangis macam budak-budak. Allahu.