Kesinambungan daripada tulisan saya sebelum ini bertajuk 'Apa pendapat anda?'
Peringatan: Tulisan ini ditulis bertujuan berkongsi kaedah mendapatkan kefasihan membaca ayat-ayat suci al-Quran menerusi pengalaman peribadi. Segala contoh dan ilustrasi bertujuan memberikan kefahaman atau sekadar untuk menjadikan ia menarik. Saya memohon perlindungan Allah SWT daripada sifat UJUB, RIAK dan TAKABBUR dengan usaha saya ini kerana segala sesuatu itu adalah milik Allah Rabbul Jalil.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Seperti yang saya kongsikan sebelum ini, terdapat lima (5) kaedah atau usaha yang saya lakukan secara percuma (tidak melibatkan kos) untuk membolehkan saya fasih membaca al-Quran (bukan bertarannum ya) iaitu:
1. Berkeinginan yang tinggi (passionate)
2. Meniru bacaan orang lain (pilih seseorang yang fasih dan rakam bacaan kemudian cuba tiru bacaan dia yang steady tu)
3. Mengulangi pembacaan yang baik berulangkali (ia memakan masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun) bergantung kepada ketekunan masing-masing
4. Mendengar bacaan yang bagus daripada pelbagai orang (Imam Mekah ke, Imam masjid ke atau jiran sebelah rumah). Sekarang youtube ada. Lagi banyak sumber.
5. Ikhlas. Ikhlas ni perlu dikejar sebab kadang ia hilang. Kena cari, kena selongkar jiwa kita. Ikhlas yang dimaksudkan ialah ikhlas untuk mendapatkan kefasihan tersebut.
Apakah yang mendorong saya untuk ikhlas mendapatkan kefasihan membaca ayat-ayat suci al-Quran? Cuba bayangkan ini. Seorang gadis bernama Huda (sayalah tu!) contohnya diajar supaya mencintai Islam dan al-Quran. Jadi setiap kali dia hadapi masalah yang buatkan jiwanya tertekan, tiada tempat mengadu (sebab Mak Ayah pun dah tak ada kan) dan sebagainya, Huda buka kitab Agung yang satu ni, Huda baca. Cuba bayangkan bacaan Huda yang kaku dan tersekat-sekat ibarat menunggang basikal di jalan yang berlopak dan berbatu. Sekejap saja sudah mahu menyerah, bukan? ataupun terlena dan al-Quran itu pulalah yang menatap si Huda ni. Hilang 'feel'nya, bukan?
Namun, apabila Huda sudah fasih selepas bertahun-tahun baca dan amalkan kaedah meniru tersebut, Huda tentu lebih seronok membacanya bukan? Nak tahu apa faedahnya apabila sudah fasih? Ini yang saya alami sendiri ya (err...Si Huda tu lah):
1. Senang hafal surah-surah/ayat-ayat penting. Ia diibaratkan seperti mengingati sebaris lagu 'Aku Cinta Padamu' oleh Siti Nurhaliza. "Be...tapa..kucinta...padamuuuu". Senang bukan?
2. Senang amal. Apabila sudah hafal, maka mudahlah untuk saya amalkan dalam bacaan solat. Bukankah solat itu tiang agama? betapa indahnya hidup ini andai kita dapat mengindahkan atau sekurang-kurang menyempurnakan ayat-ayat suci al-Quran dalam solat kita, bukan? Bayangkan kesannya dalam hidup kita?
3. Hiburan kepada diri sendiri (dan juga orang lain yang terpilih). Ya, benar! Saya banyak menghiburkan diri sendiri dengan bacaan saya sendiri tidak kira semasa saya kecewa, sedih atau gembira. Saya tak perlu fikir untuk jumpa kawan berkongsi masalah (1% saja masalah saya cerita kat orang melainkan orang itu ada ilmu yang berkaitan) kerana kawan kadang makan kawan, kesian kan. Saya tak perlu ke panggung wayang atau ke restoran mamak seberang jalan untuk hilangkan stress. (Kos lagi, kan?) Kefasihan juga boleh menjadi penyebab saya menghiburkan orang lain yang terpilih. Saya kata terpilih sebab tidak semua orang suka mendengar bacaan al-Quran ni walaupun Islam. Banyaklah sebabnya (kita bincang dalam topik lain ya). Arwah Mak dan Ayahlah yang paling terhibur dengan kefasihan saya. Apa lagi yang hendak diberikan oleh si anak kepada si ayah dan si ibu selain daripada menghiburkan hati mereka? ia satu pencapaian yang terulung dalam hidup ini.
4. Senang ajar dan bertalaqqi dengan orang lain. Apabila saya fasih, ramai adik-adik, kawan-kawan dan ahli keluarga yang minta dengarkan dan betulkan bacaan mereka. Secara percuma dapat pahala kan? (sekarang tengah fikir macamana nak buat duit. $$$. Haa! Jangan prejudis!)
5. Boleh jana pendapatan melalui aktiviti atau program yang berkehendakkan individu yang fasih membaca al-Quran. Baru-baru ini saya mendapati ada satu program di UiTM yang memerlukan individu seperti ini iaitu Fasililator Sakhsiah dalam program Minggu Destini Siswa. Ha! Dunia akhirat dapat kan?
Saya sangat positif untuk memberi dorongan kepada sesiapa sahaja yang punya niat untuk fasih dalam mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran kerana umat Islam yang mengakui keIslaman tanpa memiliki kefasihan dalam mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran ibarat Honda Accord edisi pertama 1976 berbanding edisi terbaru 'a new dedicated plug-in hybrid and battery electric models after the introduction of Honda's next generation fuel cell vehicle in 2016' (sumber internet. Hehe). (what?!) Maksud saya, rugilah jika tidak pilih untuk fasih dan berdiam diri sedangkan ruang terbuka luas untuk membangunkan potensi keIslaman kita sebelum kembali menghadap Allah SWT. Ia satu usaha yang murni, gitu.
In syaa Allah, kita akan bincangkan bagaimana untuk menghayati ayat-ayat suci al-Quran dalam tulisan akan datang.

No comments:
Post a Comment