Tuesday, November 7, 2023

KLOROX HATI

Bismillahirrahmaanirrahim . Pada satu malam, saya bermimpi berada di satu tempat yang dikerumuni oleh para ulama dan ahli zikir. Saya juga berada di situ, di kalangan mereka. . Tapi telanjang! . Maka saya berasa amat malu dek keaiban yang tidak dapat diselindungkan. . Kemudiannya saya bertanya kepada sahabat di situ, "Bagaimanakah ia boleh berlaku?" "Bagaimana tanpa sedar saya boleh telanjang di bahagian para ahli zikir? Ia sungguh mengaibkan! . Katanya sahabat yang sama dalam satu perjalanan (tapi saya tidak kenali dia), "ada tempat-tempat dan ketika, kita tidak boleh di'kencing' oleh syaitan". . . . Lalu saya bangkit, cuba memahami apakah mesej yang Allah hendak sampaikan kepada saya. . Apabila tersedar, saya terus mendakap suami (bukan kerana apa)tapi akhir-akhir kebelakangan ini perasaan saya terhdapa suami banyak yang negatif. . Bukankah ia perkara larangan? kecil atau besar bukan persoalan. . 'Perasaan' yang muncul di dalam hati adalah perkara larangan tetapi saya tetap melayaninya dengan alasan melayani 'perasaan hati'. . Saya tersedar yang perasaan hati itu sebenarnya bukanlah perasaan hati yang 'suci', tapi perasaan hati yang 'sudah dicemari'. . Iaitu perasaan hati yang sebenarnya sudah 'diperdaya' oleh syaitan yang direjam. 'perasaan hati' yang sudah diadun dengan godaan dan bisikan hawa nafsu semata-mata. . Allah! Malu rasanya. Seandainya keaiban itu betul-betul Allah hadirkan di alam nyata. Dilihat pula oleh manusia sekeliling kita, apatah lagi manusia yang beriman, yang berzikir kepada Allah, apalah lagi yang tinggal buatku? maruah sudah tergadai. . Namun, dalam mimpi itu, semua sibuk dengan hal masing-masing. Seolah-olah masing-masing takut dengan Allah. Masing-masing menjaga akhlak dan hati sendiri agar tidak mendapat aib sepertimana saya di situ. Ada sekelompok manusia itu nampak akan aibku, terus buat bulatan dan berzikir dengan lantangnya. Allah! . Sungguh, saya takut! Takut dengan Allah Yang Maha Melihat hati-hati kita. Dia Yang Maha Penyayang hitung satu persatu titik-titik putih dan hitam di dalam hati kita. . Dia mahu saya terus sedar dan bertaubat. Hentikan apa-apa rasa di dalam hati berunsur maksiat. . Saya peluk suami tanpa berkata apa-apa dan tidak memberitahunya apa-apa. Lantas terbit satu perasaan suci terhdapa dia. Perasaan redho yang lain benar rasanya. Perasaan redha yang Allah Maha Tahu. . Seharian, saya lihat suami saya berseri-seri, gembira dan bercahaya. . "Adakah kerana semata-mata hati saya sudah bersih daripada perasaan negatif terhadapnya, ya Allah?" . Allah! Besarnya dosa-dosaku selama ini. . Selalu fikir dan rasa macam-macam terhadap suami. . . . Saya berfikir lagi tentang suami. . Bagaimana sebelum saya pergi ke Madinah, Makkah dan satu lagi tempat yang mulia, hati kecil saya amat mendesak saya MEMOHON MAAF dan MEMAAFKAN suami. . Maksud saya, setiap detik beberapa ketika sebelum dan semasa di sana, hati kecil saya nekad MEMAAFKAN segala-galanya buat suami. . Lalu rasa berfikir lagi... . Bagaimana Allah menghujani saya dengan limpah rahmat dan kasih-sayangnya sepanjang saya di sana. Allah! Hebat! . . . Semalam, saya bertemu seorang sahabat. Beliau akan melahirkan anak tidak lama lagi. Saya sungguh teruja dan mendoakan beliau mendapat rahmat, kasih-sayang dan belas kasihan daripada Allah SWT. . Sambil kami semua berborak, saya nampak aibnya terhadap suaminya. Saya tidak mampu berkata apa-apa dan minda saya terus hanyut. . Segala perbualan yang tadinya rancak dan gembira, bertukar menjadi kosong. Saya seolah-olah tidak mampu berfikir. Seluruh jentera komunikasi saya gagal berfungsi. Jiwa saya tiba-tiba kosong. . Fikiran terus melayang. "Ya Allah, sahabatku ini dalam keadaan yang lemah. Dikau kirimlah satu kekuatan ke dalam jiwanya agar dia memahami..." . "Aku boleh saja menasihatinya dengan jiwa dan air mata, tetapi Dikau jualah Yang Maha Berkuasa mengirimkan secebis rasa" . "Ya Allah, mahu saja aku menasihatinya, tetapi Engkau Maha Berkuasa menasihatinya dengan Maha Lembut dan Hikmah" . "Ya Allah, dia dalam keadaan yang lemah. Suaminya juga dalam situasi yang yang Engkau Maha Mengetahui" . "Engkau Maha Tahu Ya Allah bahawa sesunggunhnya secebis rasa sakit di hati seorang suami terhadap isteri itu akan menjadi beban dalam proses bersalinnya nanti maka kau kirimkanlah perasaan suci murni, memohon maaf sedalam-dalamnya serta memaafkan sedalam-dalamnya kepada dia terhadap suaminya" . "Allah, perkenankanlah doaku ini. Sungguh lidahku tidak mampu melakukannya (menasihatinya). Engkau Maha Tahu Ya Allah. Sungguh, Dikau peliharalah dia daripada perdaya syaitan yang direjam itu. Sesungguhnya dia seorang yang banyak berbakti Ya Allah. Kau ampunilah dia dan berkatilah proses bersalinnya nanti. Aamiin" . . . Teringat pula saat saya melahirkan anak no. 4. Sungguh, sebelum bersalin lagi saya memang kepenatan. Kepenatan kerana mengandung. Masa mengandung, saya tertekan. Dalam tempoh kehamilan itu, banyak dosa saya terhadap suami. DEGIL. Ada perasaan "saya betul" apabila berhadapan dengan suami. Sungguh, saya amat lemah. Namun, sebagai seorang suami yang sedar bahawa saya sedang berperang dengan kepenatan, tekanan di tempat kerja, komitmen dengan anak-anak kecil yang lain, keluarga dan paling nyata...syaitan dan nafsu, beliau selalu bertafakkur dan melihat saya dalam-dalam setiap kali selepas solat (walaupun ada kalanya saya berpaling. . Dia tahu saya kurang ajar, tapi dia tetap mahu memaafkan dan menunjukkan kasihan belas kerana dia tahu, saya sedang mengandungkan anaknya, benih yang disemai dengan penuh cinta. Dia jaga saya semampunya dalam kesibukan dia bekerja dan melayani ibu-ayah yang masih ada dan adik-adiknya. Dia masih meredahi segala kelakuan saya terhadapnya. . Sungguh, dia insan yang sangat mulia. . Saya juga seringkali memohon maaf daripadanya. Dia maafkan sahaja. Alhamdulillah. . Kamis empat sama-sama menanam . . . Hentikanlah sebelum keaiban kita akan dipertontonkan kepada seluruh makhluk-Nya. Ptuhlan kepada suruhannya dan ambillah pengajaran kepada setiap peringatan yang Allah beri. . Saya melihat diri saya berubah. Hati saya sudah saya 'klorox'. Alhamdulillah. . Kemudian saya terfikir lagi, di manakah tempat-tempat yang perlu saya berjaga-jaga agar apabila berada di situ, hati kita tidak boleh diperdaya oleh syaitan? Apa pula contoh-contoh hati yang sudah diperdaya oleh syaitan? . Lama saya fikir dan cuba menyelami peringatan ALlah tersebut.

Survival

Survival....
I look for the bright stars in the sky
Survival....
I do almost everything
Survival....
A night is just another day...eyes wide open
Survival....
Innocent as can be to get Allah's blessings
Survival....
Time is precious than gold
Survival....
Holding my tummy with my 6 months foetus in the womb...wake up early in the morning...pray for Allah's blessings...fighting with the desire to just sleep during the weekend...feel the pain of working very hard...travel to teach...crying when I'm alone...laughing with people...confident and courageous for the sake of my survival...while missing my mother...the one that can only cherish the moments of happiness and sorrow...ups and downs...but memories remain.
Survival....
Happiness, Time, Gold, Money, and Pain... A mixture of all
Survival.


Sibuk

I want to be like many Professors out there who are focused, admired, intelligent, etc and I am on my way.

I Love Living Life

"I Love Living Life", "I am happy" ~ a personal quote by Mr. Nick Vujicic, a man with an unlimited spirit despite of his physical limitation. I salute you Nick and thanks to my students in my previous Introduction to Social Psychology class for doing your homework and found this very inspiring video on " I Love Living Life" by Nick. Thank you all !! :)

It does inspire me!:)

Though

Today

Today,
I am glad that my blog is ready to be viewed.. Thanks to Alieff (www.alieff.com) for the very nice background!:)Enough for a start!:) Alieff is one of my students in MTC016 and MTC038 class. He usually sat at the back with Clinton. Things that I always remember is his nice...cute and neat writings on the whiteboard. Alhamdulillah ~ thanks again Alieff.

Today,
I am a lecturer at UiTM...teaching, managing, exercising, organizing, so much more!! :) UiTM di Hatiku :)

Today,
I am a resident staff at Mawar...assisting, helping, advising...yadaa..yadaa but no longer the panelist for disciplinary proceedings...(I'm glad:)). I enjoy living my life here:)

Today,
I am a mother of three very little children. I am also glad that I can see they grow in front of my eyes, healthy and very clever. Alhamdulillah, though very challenging, I am always happy to do anything for the sake of my children...:)

Today,

Pengalaman Melahirkan Anak

Saya ingin berkongsi pengalaman melahirkan anak bagi ketiga2 anak saya. Ia pastinya peristiwa yg takkan terlupakan.
Pada awal perkahwinan, perkara utama yg saya fikirkan ialah mempunyai anak. Walaupun masih di awal perkahwinan, rasa risau apabila
period asyik datang selama 2 bulan berturut2. Betapa kepingin anak. Alhamdulillah, 3/4 bulan lepas kawin, saya dah disahkan hamil.
Cerita kehamilan anak pertama sangat mengujakan. Masa tu, saya bekerja di TNB Jalan Bangsar. Masa tu, saya dgn suami tinggal di
Sg Ramal Luar Kajang. Setiap pagi, suami akan hantar saya ke ERL station di presint 7 Putrajaya. Jam 7.10 mesti naik tren dah.
Sampai KL Sentral, naik pula LRT utk ke Kerinchi. Sampai je Stesen Kerinchi, jalan la sampai ke Bangunan Penjanaan TNB. Macamtulah
setiap hari. Satu ketika, period dtg lambat seminggu. Terfikir nak gi dispensary TNB utk cek. Sebelum tu gi toilet...pelik sebab ada
titik2 darah. Perasaan berbaur antara kecewa sbb ingat itu period dan juga keyakinan bhw saya pregnant tp mungkin ada masalah lain.
So, tanyalah pendpt kakak2 kat ofis. Mereka nasihatkan saya pergi buat checkup. So pergilah saya ke dispensary dan buat ujian kehamilan.
Hm, keputusannya positif-hamil. Saya bagitau pembantu peg perubatan tu bhw ada spottings dan dia terkejut-terus refer ke emergency dept
di Pantai Medical Centre. Doktor minta saya buat ujian kehamilan sekali lagi.So, buatlah ...dan terbukti hamil. Doktor berkenaan terus buat
appmt dgn specialist. Sebelum tu, Dr berkenaan tanyalah, mau request Dr yg macamana? So, saya request seboleh2nya Dr perempuan Islamlah.
Keesokan harinya, spt biasalah...perjalanan dr Kajang ke PMC. Ada juga kawan2 nak bantu ambilkan dr stesen Kerinchi tp saya menolak.
Saya x mahu menyusahkan sesiapa. lagipun, sya x rasa sakit/penat. Gynaecologist...Dato' Dr Nora. Hebat orgnya. Mesra dan sgt profesional.
Dr Nora buat checkup dan sahkan kandungan saya berusia 14 hari. Spottings menunjukkan ada masalah. Dr Nora hanya bagi jaminan kandungan selamat
Adalah 50/50 dan nasihatkan saya berehat sepenuhnya selama 7 hari. Memang x bangun lansung kecuali utk buat hal2 yg paling asasi dgn harapan kandungan dpt diselamatkan.
Masa tu, saya dan suami teringat pada hari sebelum berlaku spottings -Sabtu/ ahad, kami pergi jogging kat Taman Tasik Putrajaya...berhampiran dgn rumah Abang.
Pada masa tu, memang rasa penat

Does It Really Matter?

Love..
I need love from everybody..
How is that possible?..
But its hard to live without people's love...
Because I can feel the love..
Love gives me strength..hope..future..
I need love from within, you, him and her..
Its hard to realize the love..but at last I can finally feel it

Happiness

Happiness is something that I have to search everyday. It is not that one kind of happiness able to make me happy throughout my life but it is something to be flourished in every second of my life...like a relationship. One tiny mistake would trigger happiness that we have developed for many years. But mistake has always become part of our lives. To be sincere is not easy unless one is a truly pious. But piety needs to be observed and taken care of. It is hard due to various kind of trials and tribulations. At many times, my piety becomes weak and I failed to face each day with happiness thus I am not 100% sincere on few things. What I dislike is that...people can see it. I can see it in the mirror..or in the photos....unhappiness and sick. Developing happiness is like constructing a hugh building. It needs strength and strong willingness. Sometimes I choose to be miserable like crying, pessimist and those negative attitude even though I do not want to ruin myself with those.

Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru: Guru Pembina Negara Bangsa

Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia. Siapa yang rasa kerja dia mengajar dan mendidik tu, gurulah tu, haa. Tidak kiralah apa jua level keguruan anda, andalah guru. Sekali lagi, SELAMAT HARI GURU!
.
.
Kepada guru-guru yang pernah mendidik saya dari kecil comel sehinggalah sekarang termasuklah Supervisor saya Dr Nuraisyah Chua Abdullah, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Segala jasa anda tidak mampu saya balas dengan kata-kata dan perbuatan. Namun doa saya agar kalian guruku ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang BAHAGIA di dunia dan akhirat.
.
.
Saya turut sama mendoakan guru-guru yang telah pergi menghadap Ilahi. Pesanmu akan diingat sampai bila-bila. Buat murabbi, segala pesanmu akan kupegang kerana dengan bimbinganmu dengan izin Allah, daku beroleh hikmah dan sahabat-sahabat dunia akhirat yang sama-sama berbaik sangka demi mencari redha ilahi. Semoga Dikau tenang di sana.
.
.
Kepada guru-guru kepada anak-anak dan suamiku, dikaulah bintang-bintang di langit yang daku lihat sebagai yang terindah dan teristimewa kerana berkat jasamu, aku beroleh bahagia bersama anak-anak didikmu iaitu suami dan anak-anakku itu.
.
.
SELAMAT HARI GURU!
.
.
Nurulhuda Adabiah Mustafa
Alumni Sekolah Kebangsaan Kubang Kuau (1987-1988)
Alumni Sekolah Kebangsaan Tiang Chandi/Sri Kiambang (1988-1992)
Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Na'im Lilbanat (1993-1996)
Alumni Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa (1997-1998)
Alumni UiTM Shah Alam
Alumni UIAM


Tuesday, May 10, 2016

Belajar Dari Kesilapan

Dengan baju kurung yang dipakai sejak tingkatan tiga serta kasut sukan yang dihadiahkan Asyiq Sofia yang dibelinya di Jepun, saya melangkah laju menuju ke kelas 'Human Communication' kelolaan En Zulkifli di Bangunan Kolej Meranti. Lega, dapat sampai ke kelas tepat pada waktunya. Pagi itu, macam biasa saya ke kedai runcit Rahmat untuk mendapatkan roti Sweety berinti Krim berperisa coklat berharga RM1.80 dan jus mangga berharga RM2.50. Sarapan yang mengenyangkan perut sehingga ke waktu tengahari.

Saya tidak pernah bermimpi untuk mengikuti kursus matrikulasi undang-undang di ITM. ITM, tak glamour. Malu dekat kakak-kakak, abang-abang, serta kawan-kawan yang melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan yang dah established, yang dipanggil 'Universiti' dan bukannya 'Institut'. Hati tak bersyukur, berasa malu dengan ketetapan Allah Yang Maha Menentukan. Apa guna susah-susah berhabis duit, buang masa duduk asrama di MRSM PC, kalau setakat masuk ITM. Pelajar sekolah kampung yang tiap-tiap hari menghadap muka mak ayahpun boleh masuk ITM. Hati mempersoalkan nasib diri.

Kat MRSM, ada jugak student vogue, tapi ITM lagi dahsyat, tak betah budak kampung seperti saya menyesuaikan diri dengan mereka. Namun, saya tak pula jadikan pelajar kekampungan lain sebagai kawan sepengajian. Hmm, tak ada standard. Memang tak sedar diri. Kejutan budaya. Pakai baju kurung juga, tapi dengan kasut sukan. Masa tu, bukan trendnya begitu. Walaupun Kolej Seroja dan Bangunan Kolej Meranti itu tak jauh mana, tapi keadaan menuruni bukit dan menaiki bukit itu mendorong saya lebih praktikal. Semangat menuntut ilmu itu lebih berkobar-kobar berbanding mahu mengenakan pakaian yang vogue. Alah, lagipun bukannya ada duit nak beli semua tu. Pakai je apa yang ada. Baju kurung dan kasut sukan.

Saya kurang matang semasa di peringkat matrikulasi, lost, tapi berjaya mendapat pointer yang baik untuk melayakkan saya ke peringkat LLB secara automatik. Walaupun dahi bertampal dengan plaster dan gigi memakai pendakap besi, ada juga yang mengaku mencintai saya. Cinta buat fokus saya hilang semasa belajar. Saya sering menyalahkan kesibukan dalam aktiviti kolej sehingga pointer tak cantik, ataupun lecturer yang tak pandai mengajar sedangkan perasaan cinta itulah yang buat saya hanyut. Cinta lebih penting daripada cita-cita. Cita-cita? I did not have that clear ambition to be what and who. I just did what I was asked to do. Saya memutuskan perhubungan sebaik menyedari keterlanjuran pointer yang amat memalukan. Law of Contracts, Torts....wargh! Lagipun Arwah Papa tak suka. Macamana la boleh hanyut sampai pointer tunggang langgang. Cinta yang sebenar tak buat matlamat hidup kita tunggang langgang. Baru saya sedar, ia bukan cinta, tapi nafsu. Orang yang menuntut ilmu tidak serasi dengan orang yang menurut hawa nafsu. Mengekang hawa nafsu adalah ciri orang yang mencari ilmu. Maka, bye bye calon suami yang tidak menjadi. Cita-cita ibu ayah masih ada untuk dipenuhi walaupun saya sendiri tidak punya cita-cita yang jelas.

Painful! Nak cover balik pointer...jenuh! Bukan saja makin kena usaha lebih, nak kekang nafsu satu hal pulak. Makan, tidur, musik, tak boleh lebih-lebih, pakaian tak payahla nak ikut trend sangat. Aktiviti kolej tetap buat sikit-sikit untuk dapat kolej. Boyfriend? Kalau setakat nak buat orang perempuan sebagai object melampiaskan nafsu, baik tak payah. Melampias nafsu ni bukan dengan hubungan kelamin saja, ia boleh berlaku dengan pelbagai kaedah moden yang jahiliah. Tenung-tenunglah sendiri. Dahla masuk ITM saja, pointer teruk juga. Tentulah ada yang salah. Tapi saya tak salahkan diri atau orang lain 100% sebab, pertama, jika salahkan diri 100%, saya tak jamin akan kuat untuk hadapi masa yang berbaki di UiTM (ITM-UiTM) kerana tradisi keluarga kami, adik-beradik perempuan semua excell dalam akademik. Kedua, saya tak salahkan orang lain 100% kerana saya sedar saya juga salah. Salah kerana tidak bersungguh-sungguh mengenal Allah SWT walaupun pada asalnya saya adalah pelajar di SMK(A) Na'im Lilbanat. Salah, kerana tidak cuba menyelami cinta Allah yang selama ini menjadi bekal sejak azali. Salah kerana saya pilih untuk ke selekoh bahaya dalam kehidupan, sedangkan banyak lagi selekoh-selekoh jalan yang lurus tersedia. (Macamana boleh tersalah pilih jalan tu asalnya sebab tak ikut kehendak mak, lain kali cerita).

Dengan muka tebal, saya bertahan dalam LLB dan akhirnya tamat. Berkat doa semua juga (terutamanya doa mama papa yang masih ada pada ketika itu), saya juga berjaya dalam temuduga untuk ke LLB (Hons) walaupun saya tahu, pointer...hm, tapi saya tak mau pandang ke belakang!!! Saya terus mengejar apa yang telah lari daripada saya, peluang, masa, kasih-sayang ibu-ayah, ilmu, real friendship dan segalanya dengan segala kudrat iman yang tersisa. This 'lone ranger' (gelaran yang diberikan seorang kawan semasa di Matrikulasi) has survived the trials and tribulations! Kuasa Allah. Tapi, kala itu, saya kembali mendekati Tuhan. Saya kembali mengenakan tudung labuh dengan asbab keinginan yang kuat untuk mengekang hawa nafsu demi menuntut ilmu. Biarlah orang kata saya orang PAS atau pelampau agama sekalipun, yang penting, saya sekadar mengenakan pakaian yang boleh membantu meneguhkan iman saya. Iman saya tidak sama dengan iman mereka. Iman yang saya perlu dalam sebuah survival menuntut ilmu. Untuk apa saya menuntut ilmu, saya tidaklah pasti, tapi 'kerjaya' menuntut ilmu itu satu kerjaya yang mulia di sisi Allah rabbul jalil. Semua tahu itu.

Hati makin tenang, minda semakin terang. Alhamdulillah, LLB (Hons) dilalui dengan baik walaupun ia jauh lebih mencabar daripada LLB. Thanks Allah, thanks Edward Paul, Korventt Wheezer Jomiji, Aznika Anas, Nurul Safwaty Salleh dan Herlina Khamisiah Sauli. You were all, rock! Saya dapat rasai kebebasan hidup bersama kamu dalam keadaan saya bertudung labuh serta berjubah bersama kamu yang bukan Islam dan mengaku belum sepenuhnya seorang Muslim yang sejati. Hati kamu mulia. Thanks to all my LLB (hons) friends too. Tapi that is one side of my story. There was another side (kehidupan beribu tiri, lain kali cerita)

Apabila kembali kepada Allah, mengenangkan cinta hati

Friday, May 6, 2016

Tak Perasan Berdosa - Lumrah Manusia. Bertaubatlah.

Assalaamu'alaikum wbt. :)
.
Semenjak berkawan dengan Cikgu Nora dan kawan-kawan yang sudah membaca tulisan Cikgu Nora, saya tahu selama ni banyak dosa yang saya buat tapi tak perasan.
.
Dosa yang lebih cenderung ke atas manusia yang ingin menjadi baik. Ya saya nak sangat jadi baik, sebab kita semua tahu kan apa janji Allah terhadap orang yang berbuat baik.
.
Tak perasan ada sifat UJUB
.
Kadang ada perasaan RIAK, TAKABBUR, BANGGA DIRI dan tanpa sedar menyinggung perasaan orang lain. Banyaknya dosa saya! Tapi memang saya tak perasan. Lama-lama fikir, analisa, evaluate itu ini barulah saya perasan yang sifat-sifat itu adalah dalam diri saya dalam keadaan-keadaan tertentu. Maafkan saya, saudaraku.
.
Cikgu Nora cerita pasal rezeki, bagaimana nak tarik rezeki melimpah ruah. Hebat tulisan Cikgu Nora. Baru baca sekali, dah rasa terpukul. Semak diri sana sini, banyak benar khilafnya.
.
Paling haru saya ni berdosa kerana masih nak terasa hati dengan orang itu orang ini. Bila hati kita terasa hati, perasan kan, kita ni dah negatif. Asalnya memanglah salah orang tu, tapi hakikatnya bila kita berterusan terasa hati, kita dah secara tak sedar mengumpul aura negatif dalam diri. Tak pasal-pasal diri kita ni menyekat banyak peluang-peluang, kejayaan-kejayaan, kasih-sayang, dan lain-lain lagi rezeki Allah SWT.
.
Susahkan bila dah terasa hati? Macamana lah boleh terasa hati tu kan? adakah memang orang tu buat salah kat kita atau kita yang berasa tidak senang atas sebab sifat cemburu? iri hati? kurang bersyukur? Haish, ini yang saya takut. Takut sebab tak perasan bahawa selama ni saya terasa hati disebabkan salah saya sendiri. Ayyoo...
.
Akhir-akhir ni memang saya selalu doa sangat. Selalu menghadap Allah sebab saya mahu mengaku bahawa banyak khilaf dalam diri selama ini yang beri kesan kepada orang lain. Supaya Allah leraikan kebuntuan agar dapat pulihkan semangat diri, dapat bina hubungan yang harmoni dengan sesama manusia dan dapat mengecap rasa tenteram apabila bergaul dengan sesama manusia. Allah, hamba-Mu ini berlindung di bawah lembayung rahmat dan kasih-sayang-Mu daripada manusia dan jin yang punya niat yang jahat apatah lagi yang jahat. Aamin.
.
Boleh dapatkan e-book Cikgu Nora di sini >>> http://bit.ly/suratanrezeki

Dah baca nanti, saya mahu sangat dapat feedback daripada pembaca. Bukan semata-mata kerana testimoni atau untuk tujuan promosi (ia sampingan dengan izin), apa yang lebih penting, saya tahu saya sudah memberi manfaat dan menambah nilai hidup orang lain sepertimana Cikgu Nora dah lakukan ke atas saya, dengan izin Allah jua.
.
Saya sedaya upaya usaha buat promosi e-book ni kerana ia sangat bernilai. Mudah faham. Mudah sentap untuk kebaikan. Kita tak ego kan? orang yang mahu perbaiki hidupnya perlu tahu apa silap sana sini kan? Kat FB pun saya aktif juga buat promosi. Boleh ke FB peribadi saya di FB Nurulhuda Adabiah Mustafa.
.
Kat sana, sekali-sekala saya buat posting yang saya kira dapat dikaitkan dengan kesan pembacaan e-book Cikgu Nora ni. Boleh terus klik link yang saya bagi macam kat atas tu >>> http://bit.ly/suratanrezeki
.
Demi nak memastikan saya konsisten, kemain saya bina FB page untuk tujuan ni, atas nama 'Mana Rezeki Saya?'. Banyak testimoni-testimoni yang saya sudah kongsikan di sana. Jemput singgah naa. Sini >>> http://www.facebook.com/manarezekisaya. Kat sana nanti, bila jumpa link http://bit.ly/suratanrezeki terus klik naa.
.
Jika rasa berminat tapi masih malu-malu nak beli, boleh cuba baca dulu EDISI PERCUMA E-BOOK FORMULA TARIK REZEKI tu. E-mail kepada saya di suratanrezeki@gmail.com. Saya akan reply mesej anda untuk tujuan ini.
.
Assalamu'alaikum wbt..
.

Thursday, March 31, 2016

Kerana Allah, Ok

Sahabat merangkap sifu saya, Nora Yusof selalu pesan.
.
.
Buat sesuatu kerana Allah!
.
.
Pesan yang dah berkali-kali saya dengar! Daripada Ustazah, Ustaz, hatta sahabat-sahabat saya yang lain! Malah, saya sendiri pernah kecewa kot, dan menyesal kerana tidak ikhlas melakukan sesuatu.
.
.
Saya lakukannya kerana kehendak sendiri dan kerana seseorang.
.
.
Bukan kerana Allah! Saya kecewa! Hati saya sakit! Saya mula salahkan orang lain! Saya hilang fokus! Semua benda nampak tak kena!
.
.
Tapi saya degil, bukannya nak bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.
.
.
Ya, saya masih hanyut walaupun dah diberi peringatan oleh Yang Maha Esa.
.
.
Saya tak ada ilmu, saya ikut cara orang itu dan cara orang ini. Saya telan nasihat orang itu dan orang ini.
.
.
Tapi hati saya dirundum derita yang tidak berkesudahan. Derita yang terpendam di dasar kolam jiwa saya.
.
.
Sampai masa, Allah izinkan saya menunaikan umrah.
.
.
Dekat sana, satu je yang saya ingat. SUAMI. 'keramat hidup'.
.
.
Selama saya tak jaga hati dia ke? JAGA! Kadang BISA. Itulah...
.
.
Kat sana, saya sentiasa doakan Allah ampunkan dosa saya terhadap suami. Nak doa kat Mak Ayah, mereka sudah lama tinggalkan dunia ni. Walaupun saya sentiasa doakan mereka dalam solat saya, namun yang masih ada adalah SUAMI. Yang saya perlu HAYATI KEWUJUDANNYA.
.
.
Saya takut sangat dengan Allah, kalau2 saya dihukum dek kerana saya melanggar perjanjian memuliakan suami. Saya lakukan segalanya dengan mendahulukan kehendak suami. Saya lakukan segala-galanya kerana suami!
.
.
Sampai satu saat, Allah sejahterakan perasaan saya terhadap suami
.
.
dan Allah tujuk lebih lagi.
.
.
DIA, ALLAH.
.
.
Ada orang bertanya, macamana kat Mekah. Ada tak cerita best? Pelik2 ke?
.
.
Susah saya nak cerita. Saya tak pernah lambat menjawab. Tapi kalau diajukan soalan tu, saya terus terdiam, tak tahu mana nak mula.
.
.
Paling-paling pun saya boleh cakap satu ni je, "Allah nak bagi, Dia bagi je. Apa nak hairan?"
.
.
Kita selalu takut, kan? Nak buat itu dan ini...takut kena marah. Takut kena marah dengan SUAMI, contohnya.
.
.
Oklah tu, maksudnya, iman itu ada. Hormat suami itu WAJIB!
.
.
Bukan saya tak rasa bahana menderhakai suami. Bahangnya, maa syaa Allah. Sama lah kalau saya menderhakai IBU saya dulu. Ibu nak saya tinggal kat SMK(A) Naim Lilbanat sampai habis SPM, tapi saya berdegil lari ke MRSM PC. Derhaka.
.
.
Sayalah yang menanggung hebatnya derita dalam jiwa. Walaupun IBU menghembuskan nafasnya yang terakhir sewaktu saya ada di sisi dia, rasa berdosa tu tetap ada. Walau saya tahu IBU dah lama maafkan, dah lupa pun... tapi rasa berdosa tu tetap ada dalam jiwa saya.
.
.
Allah.
.
.
Allah yang hadirkan rasa itu.
.
.
Kerana saya telah kesampingkan suruhan-Nya. MULIAKAN ibumu.
.
.
Allah Yang Maha Berkuasa menghadirkan RASA di dalam jiwa.
.
.
Saya takut.
.
.
Dengan suami saya berlagak bagus adanya.
.
.
Allah....nak tulsi tak sanggup.
.
.
Kat Mekah, saya cuma doa supaya saya CINTAKAN dia, suami saya sepenuh jiwa, sampai akhir nyawa, sampai ke syurga. Kenapa? Saya takut, jika saya LUPA...suruhanny yang itu...MULIAKAN suamimu!!!
.
.
Dunia. Nafsu. Syaitan.
.
.
Saya tak takut. Tapi saya enjoy! Sampai saya hanyut. Sesat di jalan yang terang benderang.
.
.
RUGI!
.
.
Allah dengar doa saya.
.
.
Allah hadirkan rasa cinta di hati saya terhadap suami, sedalam-dalamnya, tidak pernah sebelum ini saya merasai kecintaan yang amat dalam seperti itu.
.
.
Dengan izin Allah yang Mencipta RASA.
.
.
Di Mekah saya bertanya kepada Allah. "Yaa Allah, bolehkah aku berasa diri sangat beruntung? Akulah yang paling disayangi-Mu? Sayalah manusia terpilih, yang dianugerahkan segala permintaannya oleh Allah Yang Esa...walaupun tak minta, Engkau beri dan terus beri? Bolehkah aku biarkan perasaan ini terus bersarang dalam hati? Tnjukkan aku jika tidak boleh, yaa Allah!"
.
.
Kaki saya tergeliat, lantas terjelepuk jatuh atas laluan pejalan kaki. Mujurlah tidak sampai terduduk dan mengotorkan pakaian solat saya yang pada ketika itu mahu ke Masjidilharam.
.
.
"Okey Yaa Allah, ia salah. Takkan aku biarkan ia bersarang di dalam dada. Cukuplah apa yang Kau berikan aku di sini sebagai pengajaran dan GANJARAN buat hamba-Mu yang terpilih."
.
.
Allah nak bagi, Dia bagi je. Apa nak hairan?
.
.
Awalnya saya hairan.
.
.
"Rezeki tu milik Allah. Dia nak bagi, dia bagi je kepada sesiapa yang dia pilih." Kata guru saya.
.
.
Saya takut!
.
.
Walaupun apa yang saya dapat itu ni'mat!
.
.
Saya takut nak balik Malaysia!
.
.
Kepala saya berpusing-pusing setibanya di lapangan terbang di Jeddah! Tidak boleh berdiri! Apalagi berjalan tanpa pegang sana sini!
.
.
Saya takut dengan Allah! Saya bimbang tak mampu menghadapi ujian-Nya! Saya lemah!
.
.
Saya amat bahagia di Makkah dan Madinah. Allah bagi saya RASA BAHAGIA yang tidak bersekudahan!
.
.
Saya tahu, sekembalinya ke Malaysia, hidup saya kembali seperti di Malaysia. UJIAN!
.
.
Allahuuuuuuuu.....
.
.
Saya pujuk hati, ikhlaskan hati untuk balik Malaysia. Tak nak balik tuuuuu!!!!
.
.
Saya pujuk hati yang berada dalam genggaman Allah:
.
.
"Wahai Allah, Dikau damaikanlah hatiku dengan segala urusanku di dunia. Ikhlaskanlah hatiku menghadapi manusia, lapangkanlah diriku terhadap mereka. Mereka saudaraku, yaa Allah. Aku sesekali enggan membenci sesiapapun yaa Allah. Namun NAFSU dan SYAITAN itu sentiasa menyuruh aku melakukan yang mungkar! Allaaahuuu....aku berserah diri kepada-MU. Aku lemah yaa Allah. Kepada-MU jua aku serahkan urusanku di dunia yaa Allah. KERANA-MU yaa Allah!!!"
.
.
Hati kita dalam genggaman Allah, bukan?
.
.
Sakit atau damai...Dia Maha Tahu untuk apa kesakitan dan kedamaian itu....
.
.
Tentu ia bersebab. Sebabnya, kita lakukan semuanya KERANA ALLAH! Allah mahu kirimkan pahalanya!
.
.
Di Mekah, Allah seolah-olah menghadiahkan saya PAHALA-PAHALA kesabaran saya menyantuni / menegur saudara saya kerana ALLAH! Walau hakikatnya betapa sakitnya hati apabila dikata itu dan ini.
.
.
Semuanya KERANA ALLAH!
.
.
.
.
http://www.formularezeki.com/hop.php?ref=suratanrezeki

Friday, February 19, 2016

Kolam Jiwa Huda

Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh
.
Alhamdulillahi rabbil 'aalamiin. Wassolaatu wassalaamu 'alaa asyrafil anbiyaa i walmursaliin. Wa 'alaa aalihi wasohbihi ajma'iin..
.
Dengan nama Allah, harini Huda nak membebel pasal kolam jiwa. Famous dah among anak didik Dr Azizan Osman. Huda belum jadi anak didik dia, in syaa Allah satu masa nanti, tapi Huda dah mula mula berkawan dengan anak-anak didiknya. Hebat!
.
Bagai terkena tarikan magnetik untuk berikhtiar selagi masih bernafas.
.
Paling penting, mulakan dengan niat yang betul. Ia dari hati. Hati yang mana? Hati yang terdalam.
.
Di sana ada satu tempat, di mana kita akan mengenali diri kita, mengenali Allah SWT, mengenali apa yang kita hendak dalam hidup dan di sana juga terdapat air yang dingin, yang sentiasa mahu kita berada di jalan yang lurus, yang inginkan kebaikan untuk diri kita.
.
Itulah maksud kolam jiwa yang Huda faham buat masa ini.
.
Sekarang ni, Huda cuma nak kongsi apa yang Huda dah lalui sepanjang Januari dan Februari 2016. Masih di peringkat awal 2016, yang mana pada tahun ini Huda sudah bertekad untuk merubah nasib Huda. Boleh baca dalam entri Huda yang lalu dan tulisan-tulisan Huda dalam Wordpress Huda.
.
Tahun ini, Huda bakal pulang melapor diri ke UiTM iaitu 22 Ogos 2016. Tamat atau tidak PhD, Huda wajib lapor diri. Tak ada dah extension 6 bulan, 6+6 bulan hatta 3 bulan. Polisi dah berubah, jadi Huda kena patuh.
.
Jadi Huda mahu bersedia sepenuhnya sebelum balik melapor diri.
.
Sebelum itu, Huda nak kongsi sesuatu yang berkaitan dengan kolam jiwa itu tadi.
.
Hakikatnya, Huda tahu Huda tak sepantas orang lain yang boleh siapkan PhD on time. Huda masih terkial-terkial dalam penulisan. But deep in my heart, I always want that to happen. I want to go back on time, no extension! With or without PhD? YES.
.
Why?
.
Sebab Huda tak suka membazir masa dan wang yang bukan Huda usahakan dapat. 3 tahun tupun Huda dah syukur sangat dapat. Orang lain ada minta tapi tak dapat-dapat! Huda mahu bersyukur dan sanggup bersusah payah untuk siapkan semuanya dengan wang sendiri. Baru Huda lega, tak rasa bersalah. Kepada siapa?
.
Kepada diri sendiri dan kepada Allah SWT.
.
Habistu...yang Huda pergi berniaga tu kenapa pulak? Kan ke nak habis cepat?
.
Nabi Muhammad SAW juga menuntut ilmu dan pesannya untuk kita menuntut ilmu hingga ke negeri China. Nabi juga berniaga.
.
Mama Huda dulu ajar Huda berniaga jugak. Sejak kecil. Jual jagung dekat festival sukan rakyat kat Kampung Lubok Jong.
.
Pergi sekolah bawak buah jamb dan limau, jual.
.
Berniaga ni adalah satu keperluan. 9/10 rezeki daripada berniaga. Rezeki yang macamana 9/10 tu?
.
1) Duit (berniaga untuk menyara kehidupan dengan, duit)
2) Sikap rendah hati. Pujuk orang beli...melatih diri rendah hati dan melihat kebaikan orang lain.
3) Usaha gigih. Kudrat ada, gerakkan ia.
4) Ikhtiar (sebab nak bagi pelanggan beli barang kita). Tidaklah nanti aqal yang Allah bagi ni rehat sahaja.
5) Keluarga berasa lapang dengan kita kerana kita manusia boleh usaha sendiri, bukan mengharapkan mereka semata-mata.
6) Mendidik diri kita dengan sifat berjimat cermat.
7) Berpeluang membantu orang lain dengan perniagaan kita dan juga membantu menyelesaikan masalah orang lain dengan produk dan perkhidmatan kita. Ia satu kebajikan.
8) Bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat.
9) Menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW.
.
Bukankah Huda kena guna masa yang ada untuk belajar, isi masa dengan menulis, research dan sebagainya berkaitan PhD?
.
Kenapa nak pelik pulak? Huda lagi pelik kalau orang tengah buat PhD, bercuti sana bercuti sini, berasa bangga dapat ke sana dan ke sinun, boleh tunjuk dekat orang pencapaian mereka, merasa bahagia dengan peluang yang dia dapat dan kongsi dengan dunia. Lagi pulak, tunjuk dekat dunia keseronokan berada di luar negara, merantau satu Eropah, semuanya dengan duit tajaan. Tak hairan ke? Atau soalan lain...TAK TAKUT KE? Takut dengan Allah! Walaupun alasannya berjalan meluaskan pandangan dan pengalaman. Bukankah berjalan-jalan itu juga untuk kepuasan?
.
Cemburu? BUKAN
.
PELIK.
.
Sebab jika Huda nak berniaga, macam-macam sangkaan yang dibuat-buat. Yang mungkin menjadi DOA. Sebab apa? Hati tu...kolam jiwa tu yang kotor. Tak jernih.
.
Huda berbuat dosa. Bukan nak berbangga, tapi nak cakap bahawa... orang berdosa ni, tak sedar yang orang nampak sisi dosa dia tu. Pada masa yang sama dia rasa dialah yang betul. Oh, minta jauhlah. MALU! Sebab mahu sorokkan benda yang dah jelas. Now Huda dah faham kenapa ada kalanya orang tak suka Huda tanpa sebab. "Menyampah tengok muka Huda", katanya.
.
Mungkin sebab dosa tu juga. Agama juga ada cakap, air muka orang berdosa ni lain. Orang tak suka. Saya berdosa, saya pernah rasa orang tak suka. Tapi kita cubalah untuk kikis semua dosa tu kan? Kikis dengan positif dan usaha perbaiki nasib diri! Bukan berserah diri saja, mengharap kepada tajaan kerajaan semata-mata, berasa cukup tanpa mengendahkan orang susah yang meminta-minta daripada kita. Kita ada aqal, kita usahalah lagi nak bantu orang. Buat apa senang-lenang hidup dengan duit tajaan kalau orang minta tolong tak boleh nak tolong? TERPAKSA kedekut?
.
Allah suka kan, kita bantu orang?
.
Jadi apalah salahnya Huda berniaga sambil belajar buat PhD ni. Asalkan niat kita kerana Allah. In syaa Allah, Allah tolong.
.
Masa, ikut jaduallah. Sama juga dengan buat PhD, tahun pertama tu kritikal, buat betul2. Berniagapun sama, kritikal, banyak masa guna untuknya. Tapi target kita ada. Masa dibahagi-bahagikan dengan betul.
.
Penampilan juga kenalah balance. Sebagai academician dan business woman. Perlu ada pemakaian yang standard, supaya tidak nampak kekok. Boleh hidup bermasyarakat. Bidang kajian saya berkaitan masyarakat ya, jadi daripada sini saya belajar bagaimana mengenali masyarakat dan budaya orang Malaysia, melalui pemerhatian.
.
Lagi pulak, Huda dah jemu mengajar tanpa berada dalam situasi bidang. Contoh: mengajar business law, tapi tak boleh nak hayati course of the existing business tanpa buka syarikat sendiri, tanpa dealing dengan orang, tanpa lihat konflik dalaman yang timbul. Paling penting, sikap manusia.
.
Mengajar company law bagai, tapi tak boleh bayang apa yang berlaku dalam syarikat. Sekadar practising kejap dekat company/firm besar mana cukup. Kena hadapi karenah dalam syarikat kecil-kecil juga. Cabaran dia, konflik yang timbul. Bagaimana undang-undang hadir untuk selesaikan masalah!
.
Bosan tau kalau faham teori je. Buatnya tak. Berimaginasi tanpa realisasi adalah satu perkara yang amat KELAKAR dan merugikan sedangkan hal itu remeh saja nak buat.
.
Ya, Huda buat pasal intangible cultural heritage, takde kena mengena dengan business! ANDA PASTI?! Tunggu tesis Huda siap nanti tau! Sesamalah baca..jangan termuntah sudahlah.
.
Buat PhD ni, banyak rahsianya. Nak tahu, cubalah buat! Biasiswa berlambak. Nak ke nak?
.
Saya pilih untuk NAK sebab saya tak suka rugikan peluang yang suami saya izinkan. Bukan senang dia nak kasi saya susah-susah. Dia sayang saya, kalau boleh nak bagi saya rehat saja kat rumah, jaga anak-anak, duduk bawah aircond, tak ada gangguan.
.
Peluang ni Huda nak guna betul-betul sampai jadi. PhD habis, bisnes jadi. Kurang-kurang konsisten sampai bila-bila. Yang penting USAHA! Bukan berangan jatuh gedebuk 1 juta atas riba! Atau sibuk kenen orang saja nak itu nak ini. MALU!
.
So, dua bulan ni Huda dah buat banyak benda.
.
1) Menyiapkan 'accessory' chapter 12345. Ada masanya memang tak boleh nak buat chapter berat2...tak boleh paksa, nanti PhD tu jadi Permanent Head Damage. Tak MAU!
.
2) Buka syarikat perkongsian iRM Beauty®. Boleh lihat page IRM BEAUTY jika nak tahu apa kami jual. Nak buat duit, meniaga, simple. Buan masuk Skim Cepat Kaya, ok! Modal kecil ke tak ada modal ke, tak apalah, ikhtiar je apa-apapun.
.
3) Jadi affiliate untuk jual e-book Puan Nora Yusof yang kalian boleh beli di link DI SINI. Sambil tolong promote e-book saudara seislam, saya belajar dan perhati macamana nak menulis tau! Ni boleh jana pendapatan pasif ok! Paling penting, pengisian dalam e-book ni. Sentap habis! Tapi BERUBAH kepada yang lebih baiklah...pandai penulis!
.
4) Jadi agen perniagaan saudara seislam Miracle Refreshing Scent KAT SINI sebab banyak faedahnya untuk anak-anak Huda.
.
5) Tolong promote perniagaan kawan KAIT KOPIAH. Bukan senang nak survive dalam dunia sekarang. Kena tolong orang. Supaya Allah tolong kita balik banyak-banyak lagi!.

Friday, January 29, 2016

What You Would Be, What You Have To Do

“First say to yourself what you would be; and then do what you have to do.”

1. You are enough
2. You make it happen - not just intend to do or wish to do
3. “You give of your talents freely, and you are wonderfully blessed financially.”
4. You are possible: "Now, Ay!"
5. “Stay focused. Stay positive. Keep your chin up and your feet on the ground.”
6. “Trust yourself and your gut rather than conventional wisdom.”
7. “Stay hungry. Stay foolish.”
8. “Failure is your stepping stone to greatness.”
9. “You are the greatest.
10. “What good shall I do this day?”

Tuesday, January 19, 2016

Meminta-Minta

Islam menegaskan bahawa syukur kita kepada Allah SWT itu dibuktikan dengan sikap kita menghargai segala kurniaan-Nya baik yang tersurat mahupun yang tersirat. Kadang kita lupa, kadang pula leka, adatnya di dunia, begitulah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat.” - Riwayat At-Tabrani

Namun, tidak selamanya kita izinkan amanah Allah SWT melalui tubuh badan, akal dan rohani kita ini untuk terus lalai dan alpa kerana secara fitrahnya kita semua mahu kembali kepada Pencipta dengan sebaik-baik keadaan. Salah satunya ialah dengan rezeki yang melimpah-limpah dan kehidupan yang diberkati Allah SWT.

Kita mahu meminta-minta di dunia?

Tidak sama sekali, bukan?

Puan Nora Yusof, dalam tulisannya (boleh dapatkannya di link saya ini) >>> Formula Tarik Rezeki , ada menyebut bahawa orang yang hidupnya suka 'meminta-minta itu menyempitkan rezeki'. Ini saya quote sebuah hadith dalam tulisan Puan Nora:

Dari Abu Hurairah r.a. katanya; Rasulullah SAW bersabda, "Sungguh salah seorang daripada kalian mengikat satu ikat kayu bakar, di bawa di atas punggungnya lalu menjualnya, itu lebih baik daripada meminta-minta kepada seseorang; baik orang itu memberi atau menolaknya." [2583] Sahih Nasa'i

Dalam hadith yang lain pula ada menyebutkan bahawa;

Dari Ibnu Umar: Rasulullah SAW bersabda: "Seseorang selalu meminta-minta, hingga pada hari kiamat kelak, tiada sepotong dagingpun ada pada wajahnya." [2584] Sahih Nasa'i

Bayangkan saja tabiat kita, atau sesiapa sahaja yang kita kenal, meminta-minta untuk penuhi kebutuhan diri. Sedangkan Nabi Muhammad SAW telah mengingatkan kita perihal sikap meminta-minta itu sendiri yang patut dijauhi.



Thursday, December 31, 2015

6.1.2016 (35 Tahun)

6 Januari itu adalah tarikh kelahiranku yang jarang diraikan, tidak kisah jika dilupakan kerana ia dianggap sekadar nombor. Namun, nombor 35 itu benar-benar buat diri ini sedikit terasa bahawa saya sudah terlalu jauh untuk terus memandang enteng kepada kehidupan yang masih berbaki. 

35 x 2 = 70. Oh!

Aku sedang cuba menerima qada' dan qadar Allah
Aku sering pelupa
Bilangan rakaat solatku
Di mana cermin mataku
Menjemput anak dari taska!
Senaman...
Kerana beratku sekarang 80.1kilogram!
Segalanya semakin kendur
Termasuklah semangatku

Tetapi nafsu masih sepertimana dulu
Termasuk sifat egoisku
Ingin membanding diri yang semakin uzur
Dengan mereka yang pantas menggapai bintang

Bukankah Allah sudah berpesan
Lihatlah mereka yang kekurangan
Supaya diri terus bersyukur
Dan menjadikan dirimu tenang

Hidup dalam ketenangan
Dalam wujudnya kekurangan
Serta ni'mat dan kelebihan
Yang sentiasa dilupakan

Sungguh, hati terdalamku berkata-kata
Dan aku ingin benar ia terasa
Kerana ia boleh buat aku redha
dengan Qada' dan Qadar Allah Yang Maha Esa

Memuliakan suami dalam apa jua perkara
Mengutamakan kebajikan anak-anak itulah
yang sepatutnya
Memelihara diri bukan bermaksud 
Makan semahu-mahunya
Yang patut adalah menjaganya
daripada belenggu syaitan dalam salur darah
yang menanti-nanti merobek iman
bersama nafsu yang sentiasa ingin
mengalahkan akal
Yang akhirnya menjerumuskan aku ke lembah yang hina
Di dunia dan akhirat...wana'uzubillahi min zaalik.

Hati yang terdalam ini ingin sempurnakan mana yang patut disempurnakan sebelum segalanya terlambat. 

Bonda Nor berkata-kata mewakili hati terdalam ini dalam bukunya bersama Prof MKI bertajuk 'Bila Hati Berkata, biar Hati Terasa', cetakan pertama 2016, mukasurat 166:

Aku di sini Ya Allah
Jasadku masih terus berdiri
Namun lisanku mendiam
Jiwaku menerawang ke lubuk hati yang paling dalam 
Sayup di hujung sana
Ada suara rancak berbicara
Kata-katanya jujur dan luhur
Itu yang dirasa
Itu kata-kata yang terlahir dari jiwa
Ada gelisah menghempap diri
Ada resah menyentap hati

Subhanallah!
Hati ini rancak berkata-kata
Bersungguh ia menghitung usia
Separuh jalan sudah kutinggalkan
Bagaimana dengan bekalan?
Sudahkah yakin untukku pasrahkan?
Riuh ia menanya
Amalanku yang kelmarin masihkah berpahala?
Atau sudah lebur disambar riyak?
Atau sudah hancur terhenyak, lalu hilang tanpa jejak?
Hati ini terus berkata-kata

Gemuruh ia mengira
Apa khabar dosa-dosaku yang lalu?
Sudahkah diterima rayuan taubatku?
Atau masihkah membeku di situ?
Atau sudah terlahir dosa-dosa yang baharu?

Sungguh...
Mengingati segala khilaf diri
Khauf dan raja' bersilih ganti
Kadang takut kadang berani
Kadang putus asa menyelubung diri
Pada detik kedegilanku melaju
Pada detik akalku tidak mampu menundukkan nafsu

Aku ketakutan ya Allah!
Aku takut terbelenggu dengan dosa-dosa itu
Aku takut terjerat dengan kemurkaan-Mu
Meski beribu istighfar sudah kulafazkan
Itu bukan jaminan dosaku telah Kau ampun
Aku bimbang ya Allah
Aku bimbang kalau hidayah-Mu tidak lagi datang
Aku takut ia terus hilang

Lalu andai hidayah itu tercabut
Bagaimana andai ajalku menjemput?
Bagaimana mahu kutatang sakaratul maut?
Sungguh, aku takut!

Bantulah aku ya Allah
Bantulah aku mengemudi hati
Bantu kudandan jiwaku ini
Di saat hati ini masih mampu berkata
Hanya satu yang ingin kupinta
Cuma satu sahaja
Pandulah aku menyusuri jalan-Mu
Bantulah aku menjejak syurga itu

~ Bonda Nor


35 itu sudah dirasakan sangat lanjut, berbanding jiwa muda yang masih berasakan 'masih banyak yang ingin kusempurnakan dalam hidup ini; PhD, tambah anak, tambah simpanan dan kekayaan, melabur, melancong ke negara orang...' dan senarai itu semakin bertambah dari hari ke hari.

Namun, hati terdalam sangat terusik dengan sikapku menerima qada' dan qadar Allah SWT. Sungguh, keimanan itu diuji tanpa jiwa ini menyedarinya dan dalam keadaan diri yang mengku seorang yang yang beriman! Sungguh diri ini lalai kebanyakan masanya. Kurang bersyukur dengan ni'mat Allah yang banyak dan kurang bersungguh dalam menyempurnakan tanggungjawab sebagai satu amanah daripada Allah SWT. 

"Ampunilah dosaku ya Allah! Kepada-Mu aku berserah! Sungguh aku mahukan perjalanan hidupku jauh baik daripada semalam dan inginku redha dengan segalan ketentuanMu dalam masa aku berusaha dengan kudrat yang Engkau kurniakan kepadaku untuk menyempurnakan segala amanah yang Engkau berikan kepadaku"




Tuesday, December 15, 2015

2016 Proposed Life Schedules

Have you determined your new or improved goals for 2016? Now, you have decided to publish your life schedules in this blog, this portrays your willingness to be open while being honest to yourself that you have to sort out your mind and decide what will your life theme (main goals) for the coming year 2016. 

2015 is passing by and you know you want to make significant changes to yourself in 2016, that declaring them online would necessarily give a momentum for you to achieve them. Most importantly, you want to achieve them, you are planning for them to happen, you are strongly willing to do everything necessary for that to happen and finally you are hoping that significant changes would happen to yourself for the better.

The success of your yearly, monthly, weekly or daily routine is determined by how you prioritize the 'to-do- list' EACH DAY! Meaning, it is a must for anyone like you who want to accomplish something that very day, to have that to-do list.

You would determine the 'to-do list' according to your goals and as for now, you can generalize your priorities accordingly, as follows:-

To-Do Lists on Weekdays (specific 'to-do' list will be clarified the day before)within these matters.

1. Writing academic and non-academic paper
2. The 20 minutes right exercises
3. Quality time with kids especially at dinner time and at the playground
4. Reviewing my thesis
5. Reviewing my schedules and planning for the next day

4.30 am:

Early morning prayer, continued with reviewing the day 'to-do list' and finally do a 30-minutes reading on any relevant literature.

5.30 am:

Early morning cool bath as a therapy to reduce weight and refreshment, continued with Subuh prayer and waking up the kids afterwards. Getting them ready to schools is part of the most significant roles as a mother when I can actualize my love and care.

6.45 am: 

Preparing simple breakfast for all members of the family and have a positive interaction with the kids about their life and schools none about myself), to ensure that the kids will not feel neglected before they set off to school.

7.15 am:

A motherly journey to school for all of the kids at Tunas Bestari and SRII Hira' with a prayer that Allah takes care of them and love them much more in their life journey as individual persons.

Now, you decided to apply 'pomodoro technique'. These are some of the information that you would always refer to in order to make it a sucess!

There are five basic steps to implementing the technique (source: https://en.wikipedia.org/wiki/Pomodoro_Technique)
1. Decide on the task to be done
2. Set the pomodoro timer to n minutes (traditionally 25)
3. Work on the task until the timer rings; record with an x
4. Take a short break (3–5 minutes)
5. After four pomodoros, take a longer break (15–30 minutes) (solat sunat Dhuha can be performed during the final pomodoros)
A goal of the technique is to reduce the impact of internal and external interruptions on focus and flow. A pomodoro is indivisible. When interrupted during a pomodoro, either the other activity must be recorded and postponed (inform – negotiate – schedule – call back) or the pomodoro must be abandoned.
25 + 3 + 25 + 3 +25 + 3 + 25 + 30 minutes = 139 minutes up to 145 minutes = 2 hours 25 minutes(including pomodoros/intervals)
The stages of planning, tracking, recording, processing and visualizing are fundamental to the technique. In the planning phase tasks are prioritized by recording them in a "To Do Today" list. This enables users to estimate the effort tasks require. As pomodoros are completed, they are recorded, adding to a sense of accomplishment and providing raw data for subsequent self-observation and improvement.

For the 5 minutes break, these are the suggested activities from http://pomodorotechnique.com/pomodoro-technique-short-break/ 

Here are a few examples of what other Pomodoro users do on their short breaks, and some resources to inspire not only your breaks, but the rest of your workday:
  1. Try some simple desk exercises, like the ones listed in this article, “5 Desk Exercises for Your Busy Office Life.” They’re quick, effective, and don’t even require leaving your office, if you’re not in the mood to walk around.
  2. Do a quick organizational chore. Not one that you dread, or find to be cumbersome. Just something small, like emptying out your backpack, purse, or briefcase, and reorganizing it, or cleaning up your desk area and tossing unnecessary documents. Or if you work from home, you could get a load of laundry started, or wash the dishes. Little household or administrative tasks like these can feel oddly satisfying and mind freeing when breaking up your Pomodoros.
  3. Do a simple hand or neck massage to release tension. There are several video tutorials online that can teach you how.
  4. Similarly, some “office yoga” or breathing exercises can go a long way in five minutes to center your mind and body.
  5. Or even keep it as simple as getting up to get a glass of water.
The following journals are required for the purpose of recording:
1. Research journal
2. Kids Upbringing Journal
3. Weight Loss Journal
4. Personal Development Journal (including learning Francais and other third languages).

So, that's it! Let's continue with your schedule using pomodoro technique for a more productive work with mental agility.


Set 1 Pomodoro

First, second and third  25 + 5 (60 minutes/1 hour)

9.00 am:
Warm-up the Ph.D. work. Revise the updated version of your thesis and continue with active reading and writing. 

Fourth 25 + 30

11.25 am: 
Continue with another set of pomodoro for the purpose of reading the relevant literature. The same techniques apply here. At least four significant articles during this pomodoro which must then be printed and filed (during this pomodoro). You have decided to do the printing in the second pomodoro and filing in the third pomodoro. You may have lunch in the final pomodoro of set 1. (during that 15-30 minutes interval).

Set 2 Pomodoro
First, second, third and fourth 25 + 5 and 30

1.50 pm: 
Continue with pomodoro set 2 for the day, mostly the similar task with set 1 of active reading and writing.

Set 3 Pomodoro

The first 25 + 5
4.15 pm:

Solat asar and specific prayer for the day + reviewing chapters.

The second and third 25 + 5
4.45 pm: (Quality Time with kids)
Invite the kids from school. The second  and third pomodoro of (25 + 5) is for travelling alone and with kids. While alone, can listen to motivational CD on how to become a successful mother and professional. The third pomodoro continues with crucial interactive time with the kids (while travelling back home). Listen to them most of the minutes and be patient in giving feedback, as loving as a mother could be.

The fourth 25 + 30
5.45 pm: 
(Quality Time with Kids)(fourth pomodoro)(25 + 30 minutes)
Having dinner and rest.

Set 4 Pomodoro

First, second and third 25 + 5 and the 25 + 30
6.40 pm: (Quality Time and Dinner with Kids)(No TV yet)
First pomodoro (25 + 5): Listen to them and showers them love while bathing. Then I help myself too.
Second pomodoro (25 + 5): Solat Maghrib sama-sama (No TV yet).
Third pomodoro (25 + 5): Together with kids, arrange books and clothing for the next day session.
Fourth pomodoro (25 + 30 minutes): Can allow them watching TV + your short break before 'Isya'. 

Set 5 Pomodoro
9.00 pm: 
First pomodoro (25 + 5): Solat 'Isya' and supper
Second pomodoro (25 + 5): Set them to bed
Third pomodoro (25 + 5): Conversation with husband
Fourth pomodoro (25 + 30): Review the day and set up everything for tomorrow. To clarify to-do list for the next day.

Five sets of pomodoro completed for the day. 

11.25 pm: Go to sleep. (5 hours long deep sleep, hopefully)

Weekend Schedule ( you may allow yourself to apply pomodoro techniques the first second you open your eyes for weekend requires more discipline because you have to challenge yourself with several matters that are crucial for self-improvements as well as interpersonal communication with family members who, most of the time in the house. You refuse to allow flagging and now, let not the time flies without any proper plan.

Set 1 Pomodoro
The first and second 25 + 5
4.30 am: Early morning prayer and a brisk walk in the garden / around the house. Drink 1 Litre of water.

5.30 am: Early morning bathe and solat subuh (no pomodoro). Waking up the kids to solat.

The third and fourth 25 + 5/30
7.00 am: Prepare nasi lemak for the day. Then, take a short nap.

Set 2 Pomodoro
The first 25 + 5
8.25 am: Enjoying Quality time with all members of the family while having breakfast (no TV)
The second 25 + 5
8.55 am: Allow them to watch TV or rest while you begin with  your thesis review.
The third 25 + 5
9.25 am: Ask the kids to read hafazan and hadith while you continue your work reading relevant article for the session.

The fourth 25 + 30 
9.55 am: Ask the kids to do homework while you may choose to do the house-chores like sidai kain and cuci kasut sekolah as well as kerja mengemop dan sapu lantai serta cuci pinggan.

The next 30 minutes are for your solat Dhuha. Can ask the kids to join. 


Set 3 Pomodoro

The first 25 + 5

10.50 am: Can allow the kids to watch TV while you continue your active reading and writing at the computer.

The second 25 + 5

11.20 am: Invite the kids to do colouring while watching TV (no TV is much better). You may continue with your creative writing on desktop in this blog.

The third 25 + 5

11.50 am: Preparing for lunch (invite the kids to join in the kitchen) while allowing them to play with their toys.

The fourth 25 + 30

12.20 am: Have lunch together. No TV. Family talk. That 30 minutes: landing.

1.15 pm: No pomodoro. Solat berjemaah and can allow the kids to watch TV.

Set 4 pomodoro

The first 25 + 5

2.00 pm: Invite the kids to memorize sifir while you continue with your work on my thesis.

The second 25 + 5

2.30 pm: Invite the kids to read books/hafal sifir while you continue your work on the thesis.

The third 25 + 5

2.55 pm: Invite the kids to share their works: either creative works or school works and you can give advise accordingly while asking them to tidy up their school bag.  you must allow myself give a helping hand to them in organizing their bags.

The fourth 25 + 30

3.50 pm: Invite the kids to organize their clothing and that 30 minutes is for my personal time with my blog and solat 'asar.


Set 5 pomodoro

The first 25 + 5

4.45 pm: 25 minutes exercise from the upper body to the lowest body whole-body) exercise.

The second 25 + 5

5.10 pm: Tidy up the house and prepare dinner. 

The third 25 + 5

5.40 pm: Having dinner without TV. Have family talk.

The fourth 25 + 30

6.10 pm: 

Tidying up dinner area and rest.

6.55 pm: (no pomodoro)

Get the kids for bath and solat maghrib together. Recite as-Sajdah together and recall all hafazan for the kids. you may allow yourself to assist them. Solat 'isya together and entertain them.

9.30 pm: (no pomodoro)

Allowing yourself to re-organize your house, my kids equipment, your work and your next day 'to-do' list. What a long day in the weekend.  you want to sleep early.

10 - 10.30 pm: Have a good night sleep.


Consclusion

Let us embrace 2016 with mental agility and love!